Friday, July 01, 2011

sajak untuk ibu saya..





bismillahirrahmanirrahim..

izayyak entu?

moga2 antum sumer sentiasa berada dalam jagaanNya selalu..

post kali ni..ana nak tujukan kerinduan khusus untuk family di rumah..(sori..ana senang touching akhir2 ni..)

tapi yang paling ana rindu mestila mak ana..antum pon mesti rindukan mak antum kan..??tambah2 dah lama x balik dan makan masakan mak..(asyik beli je..huhu..ok..taknak merungut dah..tak baik)

okla..mari kita terus ke agenda utama..kat sini ada satu sajak yang paling ana suka masa kecik2 dulu..sajak ni pernah kuar kat tv..dan sajak ni special untuk ibu saja..(sori abah..sajak untuk abah dalm post seterusnya ok..huhu)


so..here it is..

Saya ada Ibu
Ibu saya satu
pesanannya beribu-ribu
kita menerima pesanan
namun, pesanan itu tertinggal di luar ingatan
kita menjadi jemu
kerana...
pesanannya beribu-ribu
namun, ibu tetap ibu
"Buat begini, jangan begitu
Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu
pilihlah kawan-kawan yang bermutu
jangan pilih kawan yang berhantu
Ibu
Kuyakini kau mengenali
Yang mana kaca
Yang mana permata
Yang mana budaya
Yang mana buaya
Barulah aku sedar
Ibu,
berilah aku pesanan beribu-ribu
berjanjilah wahai ibu
berilah daku pesanan beribu-ribu
kerana sempurnanya seorang Ibu
dengan pesanan beribu-ribu

dan lagu ni juga ana tujukan untuk mak ana kat rumah..

nota kaki: semoga antum juga sentiasa mengingati jasa ibu bapa antum..balaslah jasa mereka selagi kita bernyawa..berbaktilah pada mereka seadanya..insyaAllah..kita semua dipertemukan di syurgaNya..amin..