Wednesday, June 10, 2015

48 jam di budapest

Hi hari ni aku nak throwback sikitlah pengalaman aku pergi eastern europe last winter.

Antara tempat yang aku pergi ialah vienna,Budapest, Prague dan munich,Germany.

Memang pengalaman sangat priceless dapat jejak kaki ke negara orang dan dapat main salji Kat sana.

Walaupun tak payah cerita la dia punya gigil sejuk tu macam dok dalam freezer.

Kitorang berjalan dalam 11 hari jelajah 4 buah negara

Bajet kitorang untuk tiket flight,tiket bas crossing countries tu hanya kurang lebih 800 usd.

Tapi kitorg peruntukkan 500 usd sorang untuk makan and shopping.

Lepas balik winter trip tu,duit aku siap lebih lagi 100 usd tu.haha.

Yela jimat sebab makanan pon bawak dari Mesir siap2 macam Maggie, roti,cekelat semua.

Kat sana kami dok hostel bajet je.walaupon bajet..tapi memang selesa sangat.

Dalam banyak2 negara aku paling suka budapest sebb negara ni paling cantik bagi aku kalau dari segi bangunan bersejarah dan tarikan pelancong nya.

Budapest yang paling menarik sekali sebab dia terbahagi kepada 2 bahagian.
Buda dan pest.

Belah buda kita dapat tengok banyak bangunan bersejarah,ada palace,hospital in the rock yang mana masa zaman perang,askar yang tercedera akan dirawat dalam hospital bawah tanah macam gua gitu.

Pemandangan dari atas buda pon sangat cantik mashaAllah.

Kalau kat pest pulak ada sungai yang tebingnya ada tinggalan kasut orang Israel yang diceritakan ditembak mati dan kasut mereka tertinggal Kat tebing tu.

Pastu Kat pest jugak ada hungary punya bangunan parlimen memang sangat cantik bangunan tu.

Apapun pengalaman sebelas hari menjelajah negara Eropah timur ni banyak mengajar aku erti berdikari,berjimat cermat,tawakal sungguh pada Tuhan,kepentingan berdoa dan keyakinan yang kukuh pada Allah.

Aku pon tak tahu nak cerita apa lagi.doakan aku untuk final exam tahun 4 ni

4.36 petang,kaherah

Monday, June 01, 2015

Nisfu

Nisfu purnama sudah pergi
Jauh tinggalkan aku ini
Mencari Tuhan di malam sepi
Doa dipohon sucikan hati

Nisfu purnama sudah berlalu
Menadah tangan kepada Yang Satu
Dikuatkan hati dan jiwa selalu
Menempuh perjalanan berbatu

Terima kasih Tuhan atas kesempatan
Untuk taufiq dan hidayah berpanjangan

(2.23 pagi,kaherah)

Saturday, May 02, 2015

Luka

Hati gelora jiwa kecamuk
Persetan kan sama impian lapuk
Kau biar aku jatuh terduduk
Apa kau kisah hatiku terpuruk

Muka kau masam buruk sekali
Cemari pandangan aku ini
Moga Tuhan hapuskan iri
Jangan dibiar ragamu ternodai

Pola fikiranmu amat terbatas
Bila berlari nak yang terpantas
aku ditinggal biar terbabas
Dibuang kasihan dan juga belas

(10.00 pm egypt )

Insan tersisih.
Sakit.pedih.

Thursday, October 16, 2014

better late than never

MUQADIMAH.

lately,i have been meaning to my blog.
1.sebab dah lama tak update.
2.walau ada masa free,aku masih tak update.

well,yang lepas jangan dikenang.
straight to the point,
i will be writing in both languages.malay and english,sometimes i mixed them up.

aku dah tahun 4 sebagai budak medik kat mesir.
ni tahun pertama aku join kelas ngaji.
aku ngaku memang aku antara budak malas kat egypt dan lambat sikit dapat petunjuk(maybe?)

aku nak share pasal apa aku dapat dari kelas ngaji sebab aku teringat antara kalam baginda Rasulullah SAW: 'sampaikan dariku walau satu ayat'

harini kami habiskan satu surah annaba'.
aku ditekankan untuk perbaiki lagi bacaan dan kena betulkan sebutan pada hukum mad iwad.

it was indeed a very good lesson,i swear.
dari awal kelas keje nak tersentap and mulalah kelopak mata nak bertakung aje.hati ada taman penuh sakura kemboja cina kot.

lepas habis sesi perdengarkan bacaan ustazah masuk tafsir.memang part ni aku paling tunggu sebab best,ustazah aku ni capable of explaining in three languages,arab,melayu dan inggeris.kalau nak kongsi tafsir maybe panjang.namun aku nak kongsi tentang al quran yang ustazah ceritakan.






AL-QURAN.

ustazah bagi dalam beberapa point simple.
sume benda ni aku yakin korang sume dah masyi bebeno,aku je yang jahil lagi lemah ni nak menulis kat dalam blog sebab rasa nak share tu bergelora dalam diri.

aku bagi sebijik macam apa ustazah bagitau,

1.Alquran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat jibril Alaihisalam,

2.ayat pertama dari al-quran yang diturunkan adalah dari surah al-Alaq (5 ayat terawal)

3.ayat terakhir ialah dari surah al-maidah ayat 3

4.al-quran diturunkan dalam masa 23 tahun.
korang tahu kan kenapa?

sebabnya,tahun kenabian Rasulullah adalah ketika mana baginda berumur 40 tahun,dan baginda wafat pada umur 63 tahun.

jadi tempoh penurunan alquran adalah selama dua tempoh tersebut.

5.Alquran diturunkan pada malam lailatul qadar yang mana lebih baik dari 1000 bulan.

6.Rasulullah SAW yang ummiy menghafal alquran di dada baginda,tidak mencatatnya,

7.Al quran mempunyai 114 surah dan 30 juz.

8.surah terpanjang ialah surah al baqarah

9.surah terpendek ialah surah al kauthar

10.ayat alquran yang terpanjang ialah yang dinamakan ayatud din dari surah al baqarah ayat 282.

part paling aku touching bergenang air mata bila ustazah ceritakan ketimana rasulullah SAW mendapat wahyu alquran yang terakhir melalui malaikat jibril alaihisalam,baginda dapat rasakan yang ajal baginda sudah sampai,lalu diberitahu kepada puteri baginda,sayyidatina Fatimah alaihasalam,lalu dia menangis mendengarnya,

part paling indah,
Rasulullah memujuk fatimah alaihasalam yang dia akan menyusul baginda selepas 6 bulan.
i was so touched upon hearing this,that i couldnt ask my tear gland to just stop functioning for awhile.


beautiful lesson from ustazah.
Allahumma thabbit qalbi ala diinik,waala toatik.

catatan dari bumi nil,mesir.

sedang dalam mood merindui seorang kekasih bernama ibu.

abah juga.

i just cant resist.












Sunday, March 02, 2014

no rescuing needed.

She thinks she's all alone
And all her hopes were gone
And so I wrote this song
So she can move along

Well, things were bad
She was in despair
Well, things were bad.
And you were never there

But things were bad
She came up for air
She said a little prayer
She found herself





Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescue and she's okay

She looks into the sky
And all her tears are dry
She kiss her fears goodbye
She's gonna be alright.

But things were bad
It was beyond repair.
She was scared
She couldn't handle it.
Things were bad but now she's glad
Can't you tell - she's walking on air?




Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay.
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay

That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the raging sea
That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the raging sea


Yeah, she's got a light in her face
She don't need no rescue and she's okay.
Yeah, she's got life in her veins.
She don't need no rescue and she's okay.
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
No SOS needed; no rescuing, she's fine out there
Yeah, she's got life in her veins
She don't need no rescue and she's okay




day two at Londong

nak sambung balik cerita winter trip ke london haritu.

kalau nak tahu,


london ni salah sebuah negara yang agak maju.

segala benda yang ada kat sana sangat moden dan orang london ni sangat beradab dan pembersih.

london vs mesir

1.kebersihan.
tak dapat dinafikan london memang bersih.sepanjang jalan tu,kalau tengok tak ada sebarang sampah walaupon cebisan tisu.aku sangat2 infiniti kagum dengan rakyat dia yang memang menjaga kebersihan ni.kalau egypt,cakap je sampah apa,sume ada kat tepi jalan =='

2.peradaban manusia
orang london ni sangat beradab dan murah senyuman.kalau kita bertanyakan soalan,terus dijawab dan sedia membantu.diorang sangat sopan lah!rakyat mesir ni sebaliknya,kalau jumpa yang baik tu..ya Allah memang baik sangat,tapi kalau jumpa yang jahat tu masyaAllah! mengucap aku.
bukan apa,memang stigma kitorg budak malaysia,kalau orang arab ni,kalau baik baik gila,kalau jahat jahat gila(boleh analogikan dengan nabi Musa dan firaun laknatullah)

3.natural beauty
orang london ni semua cantik semua hensem,pakai genetik apa pon tak tahu.kalau masuk train tu,subhanallah,semua boleh jadi actor actress. (exaggerate much,huh?) =D

okay proceed kepada tujuan sebenar post ni,sebenarnya before kitorg ke london,kitorang dah buat research pasal setiap tempat kat sana.yelah kan,akhawat 5 orang ni je yang survive kat bumi london,tak pakai agen pon,sampai sana sendiri,cari tempat tinggal sendiri,discover on how to move from one place to another pon sendiri,all in all alhamdulillah kitorang berjaya buat tu semua.

actually second day ni tak banyak tempat pon pegi sebab kami pikir bila pegi warner bros tempat harry potter berlakon tu akan ambik masa dalam seharian suntuk,tapi alhamdulillah kitorg consume dalam 4 jam je kat sana,so jimat hari kami!


le ticket to warner bros. (30 pound ye anak2)
kita minum dulu! 

le golden snitch tu menarik perhatian aku,tapi nak beli mahaiiii
le bus that brought us to the warner bros studios.just 2 pound for return!
ni adalah replika catur yang ron, harry dan hermione pernah main.bapak besar. 

pandangan dari luar.

kata2 aluan haha
replika el hogwarts

sama saiz dengan tangan harry pottah.ah,aku patut diet!


watak2 dalam pentas lakonan harry pottah








dah habis jalan2 dekat warner bros,kami ke malaysian hall sebab nak tempah bilik untuk 3 hari terakhir kami di london,alhamdulillah sesat.

tapi alhamdulillah nak dekat maghrib tu nak katanya Allah temukan kami dengan seorang akak yang baru keluar dari station queensway,pastu dialah yang bawak kami ke malaysian hall.

bila masuk je kat malaysian hall,kami agak hampa sebab receptionist tu kata bilik macam agak penuh,lagipon kami datang awal,so tempahan untuk bulan dua masih belum dibuka.

tunggu punya tunggu,pujuk punya pujuk,akhirnya kebetulan ada seorang adik ni datang dekat kaunter,kami pon sapa lah dia,macam nak minta tumpang tidur biik dia la kalau dia penghuni situ,alhamdulillah rupanya dia anak kepada warden kat situ.

nampak tak betapa cantiknya aturan Allah untuk kami?

lepas berkenalan,adik tu panggil ayahnya,dan masalah bilik kami selesai.
kami dibawa naik ke rumah nya kerana dijemput ibunya,puan diana.

puan diana dan keluarga ni sangat baik hati,ya Allah.
dia bagi kami makan,kami borak2 sampai malam. =)

(terima kasih puan diana,dan famili kerana sudi menerima kami sebagai tetamu,kami takkan lupa jasa puan dan keluarga sampai akhir hayat kami,may Allah bless all of you)

akhirnya kami pulang ke hostel setelah penat sesat mencari malaysian hall.

adios.

akan bersambung dalam part 3!







Wednesday, February 19, 2014

day one at LONDON. ;)

sejenis throwback.
the first place we went to, THE BRITISH LIBRARY.

my housemates in front of King's Cross station.

the King's Cross station.

have to queue to take pictures with the half trolley and owl.

harry pottah!

im in gryffindor house! yeay!

the view of the first floor of the library .

so full with books 0.o


sempat lagi selfie tu =P

bye.