Sunday, October 09, 2011

9 oktober 2011

Ni gambar sungai nil tau..bolelah tahan cantik die =p

9 oktober 2011

Kehidupan dan sikap orang arab mesir

Hari ni masuk hari ke-24 aku bernafas dengan udara bumi kinanah ni.

Sekarang ni nak masuk winter tau,dan udara di sini pada waktu pagi dan malam totally sejuk..(fuhh)..

hari demi hari..Rasanya aku dah mula sebati dengan kehidupan di sini.

Walaupun gaya hidup mereka dan kita berbeza,namun satu persamaan yang wujud sejak azali lagi adalah kita dan orang mesir adalah saudara seislam.

Ya, tu memang aku tak nafikan,namun sikap sesetengah orang arab mesir yang mengambil kesempatan terhadap orang asing seperti kami yg datang untuk mencari ilmu di sini memang tak dapat dielakkan.

Mereka mengambil kesempatan melalui peluang2 yg ada,contohnya kami pelajar tahun satu yg masih baru di sini dan tidak lagi menguasai bahasa arab ammi dengan hebatnya ada yg dtipu semasa mmbeli perabot dan semasa menaiki teksi disuruh dan dipaksa membayar tambang teksi yg cukup mahal..

tu baru sikit,ada jugak senior yg pernah kena rompak rumahnya oleh orang arab.

lagi satu berita yg kami baru dapat..dipetik dri metro online..


Pelajar kita dikelar

ROMPAK... asrama tempat mahasiswa Malaysia dikelar dengan pisau.
ROMPAK... asrama tempat mahasiswa Malaysia dikelar dengan pisau.

IPOH: Seorang mahasiswa perempuan warga Malaysia dikelar dengan pisau selepas bergelut dengan seorang perompak yang menceroboh masuk asrama pelajar berkenaan di Kaherah, Mesir.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin (2.15 pagi waktu Malaysia), pelajar Universiti Al-Azhar itu diserang penjenayah warga Arab yang menceroboh bangunan asrama lima tingkat didiami ratusan pelajar Malaysia.


Lebih malang, kejadian berlaku ketika mangsa mengaji al-Quran sebelum mendengar bunyi mencurigakan di dalam asrama berpunca daripada tindakan suspek mengheret ‘harta rompakan’.

Sumber Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkata, mangsa yang cuba memeriksa bagaimanapun diserang dan ditumbuk penjenayah bertopeng yang cuba melarikan melalui tingkap asrama.


Difahamkan, penjenayah bersedia menurunkan plastik berisi barang rompakan milik penghuni asrama melalui bilik di tingkat tiga pangsapuri yang terletak di kawasan Rab’Ah Adawiyah.


Suspek yang dipercayai memanjat bangunan asrama itu mensasarkan komputer riba, telefon bimbit dan pelbagai barangan elektronik berharga milik pelajar Malaysia.

Mangsa yang bergelut dengan penjenayah turut ditumbuk di muka berulang kali sebelum penjenayah melarikan diri selepas mencederakan mangsa dengan pisau.


Tindakan berani suspek bagaimanapun berjaya menyelamatkan pelbagai barangan berharga milik pelajar asrama itu daripada dilarikan penjenayah.

Ketika kejadian, rata-rata penuntut tidak ada di asrama berikutan mengikuti kuliah agama di Masjid Azhar.


Pihak pengurusan asrama yang membuat pemeriksaan kemudian menemui pisau digunakan penjenayah untuk menyerang mangsa dibuang di belakang pangsapuri.


Kejadian terbaru itu antara siri jenayah rompakan dan samun membabitkan penuntut warga Malaysia di negara Mesir selepas kejatuhan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Februari lalu.


Difahamkan, lebih 20 kes rompakan dicatatkan berlaku membabitkan penuntut warga Malaysia yang kembali meneruskan pengajian selepas krisis politik di negara itu berakhir.


Situasi tidak menentu selain peningkatan jenayah menyebabkan 11,319 pelajar Malaysia yang mengambil jurusan pengajian Islam dan bidang perubatan kini dalam kebimbangan dan lebih berhati-hati.


Sebelum ini, seorang pelajar lelaki Malaysia menjadi mangsa rompakan apabila diserang seorang lelaki Arab yang menggigit dan cuba menikam mangsa berseorangan di dalam bilik di asrama pelajar Malaysia, Jun lalu.

semoga Allah memberi keselamatan kepada kami semua di sini dan kepada semua umat ISlam di seluruh dunia..amin

Tapi disebalik semua dugaan ni,aku dapat selongkar hikmah di sebaliknya..iaitu dugaan tu Allah turunkan pada hambaNya untuk menguji keimanan mereka.

Jadi aku percaya walaupun banyak dugaan yg kami lalui di bumi penuh mehnah ini,ini adalah rencana Allah untuk menjadikan hati kami kuat dan cekal sepanjang berada di mesir.

oh ya,orang arab tidaklah jahat semuanya,ada antara mereka yg suka membantu dan jujur.

Contohnya satu hari,roomate saya yg mmbeli di satu kedai groceries ni telah mmberikan not sebanyak 55 ginih pada juruwang,dan terus keluar dri kedai tu tanpa rasa bersalah(?),,huhu..tapi juruwang kedai tu mengejar dan memanggil dia kembali untuk mengambil baki duitnya yg sebanyak 45 ginih..rupanya dia tertukar not 5 ginih dgn 50 ginih..

Pembelajaran di mesir

Aku dah mula belajar minggu ni..buat ma dan abah..yana dah stat belajar ni..subjek pertama kami di Cairo uni..salah satu universiti tertua di mesir..ialah Histology..

pembelajaran di sini sgt bagus...lecturer yg kebanyakannya adalah prof sangat mudah difahami ajaran mereka kerana mereka menerangkan setiap satu perkara dgn cukup cukup cukup mendalam.

Buat masa ni,semua subjek dpt difahami namun ada beberapa point yg dirasakan perlu sentiasa diberi perhatian dan diulangkaji agar tak mudah keluar dri kotak ingatan ni.

hm..tentang kelas kami plak..kami seramai seratus lebih pelajar Jpa dan beberapa pelajar tjaan lain dan under private juga dipecahkan kepada dua kelas..

satu lelaki dan satu kelas lagi semuanya perempuan yg mana jumlah pelajarnya tidak dapat dnafikanlah keramaiannya 3:1 ratio pelajar perempuan,pelajar lelaki..maka kami ada yg membangkang supaya ada yg akan masuk kelas yg bercampur lelaki perempuan supaya kuantitinya seimbang dan perkara ni masih lagi dalam perbincangan dan kata sepakat masih lagi belum dicapai..we’ll see..

Makanan dan jadual masak=P

Makanan kat mesir boleh dikategorikan sedap sebab semuanya kita boleh makan tanpa meragukan kehalalannya(insyaAllah) sebab mostly yg masak org Islam,,

kat sini ada shawarma(kebab), mahallabiah(ape nak explain ni..er..die cam dadih tpi lebih sedap lagi..haha),fathiroh(ibarat roti canaila kat msia Cuma lagi sedap sebb dia boleh letak macam2 perisa kat atas nya dan ianya sangat sangat sangat murah(?)..

kat sini ada jual beras..dan bila masak dia jadi cam pulut tapi kalau letak air dgn kuantiti yg betul insyaAllah x jadi pulutla,,dia jdi nasi betul..huhu..kat sini ayam sekilo 20 ginih lebih..seafood pon harganya mahal weh..sayur2 bolehla tahan murahnya..

er jadual masak tu bukannya ape sgt pon..kitorg kat umah kan kena jadi wanita mithali..dan wanita mithali should be the one yg pndai masak la kan(==')

..huhu,,dan segala bakat yg terpendam dalam diri masing2 dh berjya dicungkil dengan jayanya..hehe..first tyme masak kat mesir..kitorang just masak ayam goreng kunyit dan sup sayur,kemudian berkembang kepada ayam masak merah..kemudian satu hari aku masak nasi lemak special utk akak2 senior setelah 1 jam bersekaip dengan ma tanya nak masak nasi lemak dengan perfectnya camne(haha..poyo jek..padahal nasi lemak senang je nak masak =p)ok2..pastu aku servis plak dengan masak kurma ayam..dan semalam aku smash dengan masak kari ikan..hehe..dan kebetulannya setiap hari bila turn aku dgn sera yg masak..ade je tetamu yg dtg dan makan masakn kitorg..pastu diorg puji lebih2..(astaghfirullah..jgnlah jadi syirik khofi..)huhu..tak taula nape..padahal bile turn kawan lagi dua org masak..takde plak org dtg umah..huhu..jawapan cliche dri aku..’dah nak wat camne..takdir dah tertulis yg diorg akn dtg umah dn rase masakn kitorg’..hehe..=p

bukan nak takbur atau riak atau ape..cuma terharu bila dtg mesir..dpt kembangkan bakat dalam bidang memasak..masing2 ada kelebihan kan?jadi kita perlu cungkil klebihan tu..agar org lain lebih mengenali kita..=p


by liyana
9 okt 2011
9.00 pm