Dulu ada seorang budak perempuan yang jarang membaca Al Quran..
walaupun dia mendapat tarbiah dan didikan agama dari sekolah agama,namun dia seolah olah tidak terbias dengan biah islamiyah yang terdapat di sekolahnya.
Sepanjang dia menuntut di sekolah menengah, dia sering melihat ramai di antara rakan rakannya yang membaca Al Quran setiap kali selepas solat..
namun baginya mencukupi sekadar membaca Al Quran sekali sehari..
dan kadang-kadang dia hanya membaca Al-Quran apabila berada di dalam usrah..
makanya tidak hairanlah kalau dia tergagap gagap membaca Al-Quran dan seringkali ditegur bacaannya oleh rakan rakan seusrahnya..
namun dia tidak pernah sedar akan hakikat bahawa bilamana dia jarang membaca surat cinta dari Allah yakni Al Quran..dia tidak dapat membaiki bacaannya..
apatah lagi dia sememangnya seorang yang tidak langsung mengambil tahu akan hukum hukum tajwid dalam Al Quran..
baginya dia hanya menghafal hukum tajwid berkenaan apabila dia akan menghadapi peperiksaan kertas Al Quran dan As sunah..
setelah tamat peperiksaan SPM..budak tersebut menghabiskan masanya di rumah..
jika di sekolahnya..dia jarang membaca Al Quran..apatah lagi apabila berada di rumah kerana cubaan yang dihadapinya lebih kuat berbanding semasa dia berada di sekolah..
dia menghabiskan masanya dengan bermain komputer..melayari internet..membaca novel dan menonton televisyen..namun dia tetap merasakan ada sesuatu yang hilang dalam dirinya..
dan masih dia tidak menyedarinya..
setelah keputusan SPMnya diumumkan..dia berjaya memperoleh keputusan yang agak cemerlang..
berbekalkan kejayaannya dia dimurahkan rezeki untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah dalam bidang perubatan...
sebelum dia diterbangkan ke negara tersebut..
dia pernah memberitahu ibunya bahawa dia ingin menjadi seorang hafizah..
namun hasratnya terkubur kerana dia tidak yakin dapat merealisasikan impiannya kerana dia tidak fasih membaca Al-Quran..
setelah beberapa bulan berada di negara tersebut..biah islamiyah yang kukuh berjaya mengubahnya menjadi seorang yang begitu cintakan Al Quran..
kini dia lebih fasih membaca dan mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran..
malah dia berpeluang mempelajari Al Quran daripada sheikhah di negara tersebut..
dia juga telah menyertai satu program yang dianjurkan oleh AJK perubatan dimana program tersebut bakal merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang doktor muslim yang hafizah..
seorang sahabatnya pernah berkata:
"ukhti,bukankah beruntungnya kita berada dalam biah islamiyah yang kuat di sini..kalau di universiti kita,kita seringkali melihat pelajar yang membawa Al-Quran..dan membacanya di mana mana sahaja tanpa risaukan keadaan di sekeliling..cuba enti bayangkan..boleh ke kita amalkan perkara yang sama sekiranya kita berada di negara asing seperti di Eropah?mungkin perkara tersebut sangat mustahil..percayalah enti bahawasanya ada hikmah enti ditawarkan menyambung pelajaran di sini..bukankah matlamat kita ingin menjadi muslim yang doktor?"..
ya..kata2 sahabatnya berjaya mengubahnya..mengubahnya menjadi seorang yang cintakan Al Quran..
pernah satu hari budak itu bertanya pada dirinya..
apa perlunya aku menghafaz Al Quran..?jawapan yang terlintas dalam benaknya pada tika itu hanya satu..
kerana semakin hari..aku semakin cintakan Al Quran..
mudah mudahan segala urusannya dipermudahkan..^_^