Saturday, April 27, 2013

of pemimpin,PRU and wala'


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dear readers.

May Allah showers us all with HIS bounty of loves and blessings  insyaAllah

Praise be upon our ONE and ONLY LOVE, Rasulullahi S.A.W

Hari ini,tatkala saya membuka facebook, penuh news feed dengan post2 berkaitan politik sempena pilihanraya umum di malaysia tak lama lagi,

Bila saya buka group batch kami pula,penuh dengan poster2 calon yang bertanding untuk jawatan dalam batch bagi sesi akan datang.(tahniah dan takziah diucapkan)

Terus saya tersenyum sendiri dan teringat akan satu hadis nabi:

 ‘setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas pimpinanmu’
Ya,kita semua adalah pemimpin

Kita adalah pemimpin  diri kita sendiri,kita adalah pemimpin kepada nafsu kita,

Kita adalah pemimpin kepada adik beradik,

Kita adalah bakal pemimpin keluarga satu hari nanti,

Mungkin juga kita adalah pemimpin negara masa depan.

Memetik satu kalam indah,

“sekiranya kamu ingin melihat masa depan negara satu hari nanti,lihatlah kepada anak muda pada masa sekarang”

Jelas bukan? 

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah sikap remaja sekarang menjadi cermin kepada apa yang akan terjadi pada negara pada masa depan.

Kalau baik seseorang pemuda itu,maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya.

Sememangnya berkata itu mudah tapi untuk melakukannya sangat susah.

Kita suka kalau pemimpin kita tu cantik,baik,sopan santun,mesra rakyat,pandai dan sebagainya.

Kalau boleh semua pakej nak ada pada pemimpin yang kita pilih.

‘tiada orang yang maksum,semua pendosa melainkan rasulullah’

Pemimpin pon ada flaws dia tersendiri,dia buat dosa,sama macam kita,kadang2 dosa dia tu besar,tapi  kita tak nampak,tapi Allah tahu. 

Tapi kita tahu ke kalau dia dah bertaubat atau belum?

Jangan melihat satu kelemahannya,kita membenci seluruh tentang dirinya,

Sedang dia punya sembilan kebaikan lain yang kita tak nampak.

Jangan jadi penghukum manusia

Siapa kita?

Kita bukan tuhan

Allah saja boleh menghukum hambaNYA

Di dalam konsep (manhaj) Islam, pemimpin merupakan hal yang sangat final dan fundamental.

Ia berada dalam posisi tertinggi dalam bangunan masyarakat Islam.

Dalam kehidupan berjama'ah, pemimpin ibarat kepala dari seluruh anggota tubuhnya.

Ia memiliki peranan yang strategis dalam pengaturan pola (minhaj) dan gerakan (harakah).

Kecekapannya dalam memimpin akan mengarahkan ummatnya kepada tujuan yang ingin dicapai, yaitu kejayaan dan kesejahteraan ummat dengan iringan redha Allah 

Pernah suatu ketika, Saidina Umar berkata, 

"Alangkah bagusnya aku menjadi seperti pohon tamar. Sesudah mati tidak akan dipersoalkan lagi". Apabila berfikir mengenai kematian, Saidina Umar pasti akan menitiskan air mata keinsafan. Manusia selepas mati pasti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Segala amalan di dunia akan dipersoalkan dengan al-Mizan keadilan Allah SWT. Andai buku amalan diterima dengan tangan kanan, maka baiklah keadaan seterusnya. Sebaliknya jika dengan tangan kiri, maka rugi dan menyesallah dia.

Pembantu Saidina Umar, Aslam kehairanan melihat Saidina Umar lantas bertanya,

 "Wahai Amirul Mukminin, mengapa kamu menangis?".

"Aku sangat takut akan seksaan kubur dan azab neraka", jawab Saidina Umar.

"Tetapi tuan sudah tergolong dalam orang-orang yang dijamin syurga bukan?", tanya Aslam.

"Sekiranya aku melakukan kesalahan, aku tetap dihukum dahulu kecuali dengan pengampunan Allah Taala",
 jawab Saidina Umar.

Mendengar Aslam jawapan Saidina Umar itu, dia cuba menghiburkan hati Saidina Umar,

"Tuan tidak pernah melakukan kesalahan. Tuan seorang khalifah yang adil".

"Di akhirat nanti, aku pasti ditanya mengenai kepimpinanku dan apakah nasibku sekiranya masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat haknya lalu mereka menuntut keadilan di hadapan Allah A'za Wajalla?", tanya Saidina Umar. 

"Semoga Allah ampunkan kesalahan tuan", ujar Aslam. 

“Jawatan merupakan suatu amanah yang akan dipersoalkan semasa hari akhirat. Apabila bergelar pemimpin, sebelah kaki kita sudah ditarik ke lembah neraka. Jadi pemimpin bukan kerana jawatan, nama, harta dan kemahsyuran tetapi ikhlas kerana Allah Taala

Semoga kita semua thabat di jalan Allah.
Semoga Allah redha.