Thursday, October 16, 2014

better late than never

MUQADIMAH.

lately,i have been meaning to my blog.
1.sebab dah lama tak update.
2.walau ada masa free,aku masih tak update.

well,yang lepas jangan dikenang.
straight to the point,
i will be writing in both languages.malay and english,sometimes i mixed them up.

aku dah tahun 4 sebagai budak medik kat mesir.
ni tahun pertama aku join kelas ngaji.
aku ngaku memang aku antara budak malas kat egypt dan lambat sikit dapat petunjuk(maybe?)

aku nak share pasal apa aku dapat dari kelas ngaji sebab aku teringat antara kalam baginda Rasulullah SAW: 'sampaikan dariku walau satu ayat'

harini kami habiskan satu surah annaba'.
aku ditekankan untuk perbaiki lagi bacaan dan kena betulkan sebutan pada hukum mad iwad.

it was indeed a very good lesson,i swear.
dari awal kelas keje nak tersentap and mulalah kelopak mata nak bertakung aje.hati ada taman penuh sakura kemboja cina kot.

lepas habis sesi perdengarkan bacaan ustazah masuk tafsir.memang part ni aku paling tunggu sebab best,ustazah aku ni capable of explaining in three languages,arab,melayu dan inggeris.kalau nak kongsi tafsir maybe panjang.namun aku nak kongsi tentang al quran yang ustazah ceritakan.






AL-QURAN.

ustazah bagi dalam beberapa point simple.
sume benda ni aku yakin korang sume dah masyi bebeno,aku je yang jahil lagi lemah ni nak menulis kat dalam blog sebab rasa nak share tu bergelora dalam diri.

aku bagi sebijik macam apa ustazah bagitau,

1.Alquran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat jibril Alaihisalam,

2.ayat pertama dari al-quran yang diturunkan adalah dari surah al-Alaq (5 ayat terawal)

3.ayat terakhir ialah dari surah al-maidah ayat 3

4.al-quran diturunkan dalam masa 23 tahun.
korang tahu kan kenapa?

sebabnya,tahun kenabian Rasulullah adalah ketika mana baginda berumur 40 tahun,dan baginda wafat pada umur 63 tahun.

jadi tempoh penurunan alquran adalah selama dua tempoh tersebut.

5.Alquran diturunkan pada malam lailatul qadar yang mana lebih baik dari 1000 bulan.

6.Rasulullah SAW yang ummiy menghafal alquran di dada baginda,tidak mencatatnya,

7.Al quran mempunyai 114 surah dan 30 juz.

8.surah terpanjang ialah surah al baqarah

9.surah terpendek ialah surah al kauthar

10.ayat alquran yang terpanjang ialah yang dinamakan ayatud din dari surah al baqarah ayat 282.

part paling aku touching bergenang air mata bila ustazah ceritakan ketimana rasulullah SAW mendapat wahyu alquran yang terakhir melalui malaikat jibril alaihisalam,baginda dapat rasakan yang ajal baginda sudah sampai,lalu diberitahu kepada puteri baginda,sayyidatina Fatimah alaihasalam,lalu dia menangis mendengarnya,

part paling indah,
Rasulullah memujuk fatimah alaihasalam yang dia akan menyusul baginda selepas 6 bulan.
i was so touched upon hearing this,that i couldnt ask my tear gland to just stop functioning for awhile.


beautiful lesson from ustazah.
Allahumma thabbit qalbi ala diinik,waala toatik.

catatan dari bumi nil,mesir.

sedang dalam mood merindui seorang kekasih bernama ibu.

abah juga.

i just cant resist.