alhamdulillah.akhirnya Allah bukakan jugak hati ana untuk menaip kat papan kekunci ni.
bukan pe,walaupun sekarang tengah cuti sem 1,tapi ana agak sibuk la kan..ye lah..
dengan berjaulahnya,assignment nya,(ceh,padahal assignment tu setengah jam je dah boleh siap=p)
hurm,baiklah.
kembali kepada tajuk kat atas tu ha.
ari ni ana nak kongsi ngan korang sume tentang idola..
haa..btw..soklan pertama ana.siapa idola korang?
hehe.(takde la susah sangat an soklan ni..)
kalau tanya kat budak2 kecik mesti jawapan diorang artis.
sebagai contoh
ana:nurin,cuba bagitau kakak siapa idola nurin?
nurin: idola tu ape kakak?
ana: er..idola tu..orang yang paling nurin suka..^^
nurin: nurin suka yuna..suara dia best
er.ok.budak2 zaman sekarang kalau ditanya siapa yg disukai..mesti jawab artis..sikit2 siti nurhaliza la..itu la ini la..tapi x ramai yang jawab idola dia Rasulullah ke,Aisyah R.A ke..Fatimah Az zahra ke..
mungkin kalau diteliti.alasan yang diberikan mesti sama..sebabnya kita x pernah mengenali dan hidup sezaman dengan tokoh2 Islam tersebut.makanya sebab itulah pentingnya kita mengenali tokoh2 Islam dengan lebih dekat kan?
ha.kata orang.tak kenal maka tak cinta<3
jadi ana kat sini berperanan nak menyampaikan lah serba sedikit tentang Rasulullah S.A.W..(selawat dulu sebelum teruskan membaca^^)
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
berdasalkan kitab Syamail Muhammadiah, apa yang ana dapati, rasulullah merupakan manusia yang sangat hensem^^
ini merupakan sebuah sajak yang ana buat berdasarkan syarah dari kitab syamail muhammadiah=)
ya Rasulullah,
wajahmu bercahaya menandingi sinaran bulan
wajahmu tenang putih kemerahan
bulu keningmu yang kecil dan panjang indah mempesonakan
hidungmu yang mancung indah sekali dipandang
gigimu tersusun kemas
tapak tanganmu luas
perjalanan kakimu beralun
sepanjang perjalananmu acapkali ditundukkan pandangan
pabila bersama sahabat dan pengikutmu seringkali dikau berjalan dibelakang
tuk memberi ruang kepada malaikat mengikutimu dari belakang
Ya Rasulullah
sesungguhnya segala tentang dirimu cukup indah
kiranya sampai disini saja ku coretkan madah
moga ada peluang..ingin sekali kami umatmu bertemu denganmu di jannah
kupohonkan kepada mu ya Allah
agar bisa hambaMu ini bertemu dengan kekasihMu insyaAllah.
sebagai khulasah,sebuah kisah indah renungan buat para sahabat ana sekalian tentang mulianya Rasulullah S.A.W
suatu ketika di mana Rasulullah dan para sahabatnya di datangi oleh seorang wanita.Wanita tersebut memberikan limau kepada Rasulullah sebagai hadiahnya kepada baginda.Rasulullah makan limau itu bersendirian tanpa menjemput para sahabat yang lain.Baginda makan dan makan sambil diperhatikan wanita tersebut sehingga lah limau tersebut habis. Selepas wanita itu pulang, para sahabat yang hairan dengan sikap Rasulullah yang tidak menjemput para sahabat makan sedangkan Rasulullah sering mengutmakan para sahabat berbanding dirinya bertanya kepada Rasulullah, "ya Rasulullah, mengapa kamu tidak mengajak kami makan limau tersebut?"
lalu Rasulullah menjawab,"kerana aku takut kamu akan melukai hati wanita tersebut".Para sahabat hairan dan bertanya "mengapa ya Rasulullah?"..lalu Rasulullah menjawab "limau itu sebenarnya masam".(kerana mungkin akan ada antara sahabat yang akan membuat muka ketika makan buah limau masam tersebut)
subhanallah.sungguh mulia sikap baginda^^
jadi,mesti korang dah tahu kan jawapan terbaik untuk diberikan sekiranya ditanya siapakah idola korang?hehe..
wallahua'alam..salam sayang dari Qaherah dari ana buat korang^^weeeee~
last but not least..aishiteru ya Muhammad=D
No comments:
Post a Comment