Tuesday, April 24, 2012

Allah kan sayang hambaNya=)

aku tak tahu kenapa semalam hati tak tenang.aku serabut.semua benda jadi tak kena,aku tak habis lagi study biochem padahal esoknya periksa.aku hilangkan keserabutan dengan berwuduk.kemudian aku solat isyak.sampai ke rakaat ke 3,air mata aku mengalir tak semena-mena.aku rasa berdosa.adakah Allah ampunkan aku atas segala dosa dan maksiat aku buat?aku menangis dan terus menangis sehingga tahiyat akhir.dalam berdoa.air mata laju menuruni pipi.aku tak tahan sehingga aku dapat rasakan dada ni bagai nak pecah dan berdoa agar Allah mudahkan jalan bagi aku untuk terus bersemangat.
aku minta petunjuk.dengan berbekalkan bismillah dan selawat ke atas nabi Muhammad SAW,aku membuka lembaran naskhah al-quran.
lalu mata aku tertumpu pada ayat 39 dari surah al-maidah yg bermaksud:tetapi barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.

nyata Allah memandu aku.air mata aku semakin laju,ternyata Allah memberikan jalan bagi hambaNya yang berdosa utk bertaubat.sejak dari saat itu,aku menjadi semakin yakin dan aku tidak akan sesekali berputus asa dari rahmat Allah.aku nak berubah dan perlu berubah.
untuk hamba2 Allah sekalian,seandainya kalian membuat dosa,usahlah kalian takut2 untuk bertaubat kerana percayalah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

p/s:Allah kan sayang hambaNya=)

Saturday, April 14, 2012

ayat pujuk hati=)


Therefore be patient with what they say, and celebrate (constantly) the praises of thy Lord, before the rising of the sun, and before its setting yea, celebrate them for part of the hours of the night, and at the sides of the day: that thou mayest have (spiritual) joy.



Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
semoga tenang hati ini=)

Tuesday, April 10, 2012

refleksi diri untuk budak medik


hari ini aku bangun lewat lagi seperti hari2 lain yang biasa,
aku memandang ke arah jam,huh,dah pukul 7 pagi,
maka,aku ada masa satu jam sahaja untuk bersiap ke sekolah(universiti)
dengan pantas aku bangkit dan mandi,
namun niat aku terhalang pabila roomate aku yang mengalami 'cibi' (nama singkatan bagi cirit birit) telah mendahului langkah aku dan tanpa segan silu beliau meloloskan diri ke dalam tandas,
aku balik semula ke bilik,dan bukak laptop,aku sign in fb,check notifications,setelah membalas semua komen2 dan mesej,aku dengar kawan aku jerit "mandi!",
aku segera menarik tuala,dan menuju ke tandas.
lepas mandi,aku menuju ke iron board,apa lagi,nak iron bajulahkan,takkan nak makan nasi pulak kat situ,
lepas iron baju,
aku tengok jam,
alamak dah 7.45 pagi,
aku segera menyarungkan baju ke tubuh,
dan bersiap untuk solat dhuha.
usai baca Quran,
aku tengok jam lagi,dah 8.05..
maka aku dan roomate pon sarapan sebelum ke sekolah,
di sekolah,
aku memilih untuk berada di hadapan,
sebagai langkah untuk mengelak dari mengantuk,
usai kuliah,
aku pulang ke rumah,

pada malamnya,aku menghadiri kelas2 agama yang diadakan,
kalau malamnya tiada kelas,aku dok menghadap laptop.
maka aku tercari-cari,
bila masa aku study?
tak pernah ke aku study kat rumah,
memang tak pernah.

huh.patutlah apabila di kelas,aku blur!
rupanya aku tak pernah nak revise balik apa yang doktor ajar di sekolah!
aku tak pernah nak baca dulu apa yang doktor akan ajar!
aku tak pernah memandang diri aku sebagai seorang pelajar perubatan yang akan menyelamatkan nyawa manusia kelak!
takkanlah waktu nak bedah pesakit,baru nak bentang dan bukak buku anatomi nak tahu kat mana tempat yang ada nerve ataupun vessels,takut terpotong kang naya anak orang yang dari elok2 boleh jalan,jadi paralyse pulak!
hidup aku hanya tahu nak enjoy je waktu belajar ni!
huh.baru aku sedar!

aku tertarik dengan kata2 seorang doktor yang mengajar aku praktikal anatomy,doktor tarek namanya,
ketika beliau mengajar kami tentang bahagian soft tissues kat belakang kaki,
beliau ada menyebut ayat Al quran daripada surah an nahlu ayat 78.

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur".

beliau kata,
hari ini kita banyak belajar perkara baru,
namun sedar atau tidak,
sewaktu Allah keluarkan kita dari rahim ibu,
kita tak tahu apa2,
namun Allah mengurniakan nikmat pancaindera untuk kita gunakan dan belajar perkara baru hari demi hari,

maka di situ aku tersentak!
tidak bersyukurkah aku selama ni!
aku tak pernah nak belajar betul2,
aku tak sedar yang aku ni budak medik,
aku perlu lakukan perubahan,
aku perlu study! dan study!

p/s:cerita ni saya buat kerana kami di cairo university sedang dalam fatrah peperiksaan.mungkin boleh menjadi booster kepada kita semua untuk belajar dengan bersungguh-sungguh termasuk diri saya sendiri.^^ akhir kalam,selamat study kerana Allah!ayuh!