Friday, March 29, 2013

big girls don't cry

salam alaikum!

tahun 2013 merupakan tahun paling bersejarah bagi aku.sebabnya tahun ni,bila orang tanya umur aku bape..aku macam agak hesitate la nak jawab sebabnya dah umur 20 tahun kan,dah takde angka satu tu kat depan.

lulz

dan setiap hari selasa aku ada kelas psychology,dalam kelas tu aku diajar tentang bagaimana psychology seseorang sejak dari lahir sampailah old age. dan ada pembahagian umur beserta kategorinya, aku yang umur dua puluh ni kiranya dah tergolong dalam golongan EARLY ADULTHOOD sebab umur aku dah 20.jadinya persoalan yang aku ingin timbulkan kat sini adalah:

 "adakah aku sudah cukup matang untuk melangkah ke fasa AWAL DEWASA?" (gulp)

itulah satu soalan yang berputar ligat dalam cerebral cortex aku selama ini.

tanggal 4 mac hari tu,aku ke kelas seperti biasa.

segalanya berlaku secara normal.

sesampai di kelas,aku dinyanyikan lagu hari lahir.

aku gembira

oh,terharu tidak lupa.

aku fikirkan hari aku berlalu seperti hari2 lain.

petang itu aku telefon mama,

khabarkan padanya tentang har bahagia aku.

"oh betullah hari ni 4 mac!", kata mama.

ok,pandai mama kaver lupa. ahaks.

tapi takpe,bila mama kata dia doakan aku,aku terus terharu.

gud job mama.u've made my day ^^

aku pulang ke rumah. macam biasa,tiada yang spesel. aku masih berjalan kaki ke rumah. siapalah aku untuk tetiba ada sorang driver jemput dari sekolah untuk pulang ke rumah di sayeda zainab.

malam itu, sedang aku menelaah ilmu pelajaran di satu sudut di bilikku,

aku ditutup mata dari belakang.

aku fikirkan perompak.

jangkaanku meleset

rakanku membawa aku yg sudah buta penglihatan keluar rumah.aku dibawa menaiki lif ke satu tempat.

setibanya di sana,aku dibuka penutup mata.

keadaan yang gelap gelita tapi disirami cahaya lilin atas kek membuatkan aku terharu malu lantas terkaku.

angin malam yang dingin sejuk di mesir diiringi nyanyian oleh artis koir terhebat rumah satu imarah 11 membuatkan kelopak mata aku basah.

terima kasih antunna.

semoga Allah balas dengan ganjaran pahala kepada antunna semua.

oh tidak lupa kepada rakan2 yang tinggal di imarah abang izamil.

kami makan dengan gembira.

sambil bertukar2 cerita.

sungguh indah malam itu.



terima kasih mama kerana melahirkan anakmu ini.

semoga Allah memeliharamu mama.


aku anakmu kini sudah menginjak dewasa,
ingin kudendangkan lagu indah bermadah rindu buatmu mama dan abah,

'seandainya aku telah dewasa,
akan ku capai segala citaku harapanmu,
akan ku balas jasamu,
ayah dan ibu'

-dari anakmu yang sudah hampir tidak nakal-





No comments:

Post a Comment