Sunday, October 28, 2018
Perubahan
setiap denyutan nadi,
setiap degupan jantung,
manusia berhadapan dengan perubahan.
Perubahan jasad,
roh,
hati,
kapasiti ilmu.
Dari benci kepada cinta,
dari ingat kepada lupa,
perubahan masih tetap berlaku,
dan sentiasa mengatasi masa.
aku antara yang takutkan perubahan,
kerana adaptasiku tidaklah sederas aliran air Huka Falls,
dan walaupun aku takutkan perubahan,
tawakalku seinfiniti buat Tuhan.
Tigabelahsepuluhduaribulapanbelas,
tarikh yang paling gila merubah hidupku,
aku tidak lagi boleh tidur di pangkuan omma seperti selalu,
berbicara hati ke hati tentang itu dan ini sehingga jam satu,
pengaruh terbesar untuk aku membuat perubahan status ini adalah dia, omma ku.
omma,
terlalu banyak yang ingin diperkatakan tapi tak terlafaz,
kalimat syukur dan terima kasih hanya mampu di luah,
dan kucupan sayang di atas bawah kiri dan kanan wajah,
segaris senyuman omma membalas.
suami,
maafkanlah andai diri kekurangan serba serbi,
maafkanlah andai tidak mencapai ekspektasi,
tegurlah andai saya tidak menjaga kehormatan diri,
bimbinglah saya hingga ke syurga firdausi.
11.28.
Pasir Tumboh.
Wednesday, June 10, 2015
48 jam di budapest
Hi hari ni aku nak throwback sikitlah pengalaman aku pergi eastern europe last winter.
Antara tempat yang aku pergi ialah vienna,Budapest, Prague dan munich,Germany.
Memang pengalaman sangat priceless dapat jejak kaki ke negara orang dan dapat main salji Kat sana.
Walaupun tak payah cerita la dia punya gigil sejuk tu macam dok dalam freezer.
Kitorang berjalan dalam 11 hari jelajah 4 buah negara
Bajet kitorang untuk tiket flight,tiket bas crossing countries tu hanya kurang lebih 800 usd.
Tapi kitorg peruntukkan 500 usd sorang untuk makan and shopping.
Lepas balik winter trip tu,duit aku siap lebih lagi 100 usd tu.haha.
Yela jimat sebab makanan pon bawak dari Mesir siap2 macam Maggie, roti,cekelat semua.
Kat sana kami dok hostel bajet je.walaupon bajet..tapi memang selesa sangat.
Dalam banyak2 negara aku paling suka budapest sebb negara ni paling cantik bagi aku kalau dari segi bangunan bersejarah dan tarikan pelancong nya.
Budapest yang paling menarik sekali sebab dia terbahagi kepada 2 bahagian.
Buda dan pest.
Belah buda kita dapat tengok banyak bangunan bersejarah,ada palace,hospital in the rock yang mana masa zaman perang,askar yang tercedera akan dirawat dalam hospital bawah tanah macam gua gitu.
Pemandangan dari atas buda pon sangat cantik mashaAllah.
Kalau kat pest pulak ada sungai yang tebingnya ada tinggalan kasut orang Israel yang diceritakan ditembak mati dan kasut mereka tertinggal Kat tebing tu.
Pastu Kat pest jugak ada hungary punya bangunan parlimen memang sangat cantik bangunan tu.
Apapun pengalaman sebelas hari menjelajah negara Eropah timur ni banyak mengajar aku erti berdikari,berjimat cermat,tawakal sungguh pada Tuhan,kepentingan berdoa dan keyakinan yang kukuh pada Allah.
Aku pon tak tahu nak cerita apa lagi.doakan aku untuk final exam tahun 4 ni
4.36 petang,kaherah
Monday, June 01, 2015
Nisfu
Nisfu purnama sudah pergi
Jauh tinggalkan aku ini
Mencari Tuhan di malam sepi
Doa dipohon sucikan hati
Nisfu purnama sudah berlalu
Menadah tangan kepada Yang Satu
Dikuatkan hati dan jiwa selalu
Menempuh perjalanan berbatu
Terima kasih Tuhan atas kesempatan
Untuk taufiq dan hidayah berpanjangan
(2.23 pagi,kaherah)
Saturday, May 02, 2015
Luka
Hati gelora jiwa kecamuk
Persetan kan sama impian lapuk
Kau biar aku jatuh terduduk
Apa kau kisah hatiku terpuruk
Muka kau masam buruk sekali
Cemari pandangan aku ini
Moga Tuhan hapuskan iri
Jangan dibiar ragamu ternodai
Pola fikiranmu amat terbatas
Bila berlari nak yang terpantas
aku ditinggal biar terbabas
Dibuang kasihan dan juga belas
(10.00 pm egypt )
Insan tersisih.
Sakit.pedih.
Thursday, October 16, 2014
better late than never
lately,i have been meaning to my blog.
1.sebab dah lama tak update.
2.walau ada masa free,aku masih tak update.
well,yang lepas jangan dikenang.
straight to the point,
i will be writing in both languages.malay and english,sometimes i mixed them up.
aku dah tahun 4 sebagai budak medik kat mesir.
ni tahun pertama aku join kelas ngaji.
aku ngaku memang aku antara budak malas kat egypt dan lambat sikit dapat petunjuk(maybe?)
aku nak share pasal apa aku dapat dari kelas ngaji sebab aku teringat antara kalam baginda Rasulullah SAW: 'sampaikan dariku walau satu ayat'
harini kami habiskan satu surah annaba'.
aku ditekankan untuk perbaiki lagi bacaan dan kena betulkan sebutan pada hukum mad iwad.
it was indeed a very good lesson,i swear.
dari awal kelas keje nak tersentap and mulalah kelopak mata nak bertakung aje.hati ada taman penuh sakura kemboja cina kot.
lepas habis sesi perdengarkan bacaan ustazah masuk tafsir.memang part ni aku paling tunggu sebab best,ustazah aku ni capable of explaining in three languages,arab,melayu dan inggeris.kalau nak kongsi tafsir maybe panjang.namun aku nak kongsi tentang al quran yang ustazah ceritakan.
AL-QURAN.
ustazah bagi dalam beberapa point simple.
sume benda ni aku yakin korang sume dah masyi bebeno,aku je yang jahil lagi lemah ni nak menulis kat dalam blog sebab rasa nak share tu bergelora dalam diri.
aku bagi sebijik macam apa ustazah bagitau,
1.Alquran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat jibril Alaihisalam,
2.ayat pertama dari al-quran yang diturunkan adalah dari surah al-Alaq (5 ayat terawal)
3.ayat terakhir ialah dari surah al-maidah ayat 3
4.al-quran diturunkan dalam masa 23 tahun.
korang tahu kan kenapa?
sebabnya,tahun kenabian Rasulullah adalah ketika mana baginda berumur 40 tahun,dan baginda wafat pada umur 63 tahun.
jadi tempoh penurunan alquran adalah selama dua tempoh tersebut.
5.Alquran diturunkan pada malam lailatul qadar yang mana lebih baik dari 1000 bulan.
6.Rasulullah SAW yang ummiy menghafal alquran di dada baginda,tidak mencatatnya,
7.Al quran mempunyai 114 surah dan 30 juz.
8.surah terpanjang ialah surah al baqarah
9.surah terpendek ialah surah al kauthar
10.ayat alquran yang terpanjang ialah yang dinamakan ayatud din dari surah al baqarah ayat 282.
part paling aku touching bergenang air mata bila ustazah ceritakan ketimana rasulullah SAW mendapat wahyu alquran yang terakhir melalui malaikat jibril alaihisalam,baginda dapat rasakan yang ajal baginda sudah sampai,lalu diberitahu kepada puteri baginda,sayyidatina Fatimah alaihasalam,lalu dia menangis mendengarnya,
part paling indah,
Rasulullah memujuk fatimah alaihasalam yang dia akan menyusul baginda selepas 6 bulan.
i was so touched upon hearing this,that i couldnt ask my tear gland to just stop functioning for awhile.
beautiful lesson from ustazah.
Allahumma thabbit qalbi ala diinik,waala toatik.
catatan dari bumi nil,mesir.
sedang dalam mood merindui seorang kekasih bernama ibu.
abah juga.
i just cant resist.
Sunday, March 02, 2014
no rescuing needed.
day two at Londong
kalau nak tahu,
le ticket to warner bros. (30 pound ye anak2) |
kita minum dulu! |
le golden snitch tu menarik perhatian aku,tapi nak beli mahaiiii |
le bus that brought us to the warner bros studios.just 2 pound for return! |
ni adalah replika catur yang ron, harry dan hermione pernah main.bapak besar. |
pandangan dari luar. |
kata2 aluan haha |
replika el hogwarts |
sama saiz dengan tangan harry pottah.ah,aku patut diet! |
watak2 dalam pentas lakonan harry pottah |