Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

better late than never

MUQADIMAH.

lately,i have been meaning to my blog.
1.sebab dah lama tak update.
2.walau ada masa free,aku masih tak update.

well,yang lepas jangan dikenang.
straight to the point,
i will be writing in both languages.malay and english,sometimes i mixed them up.

aku dah tahun 4 sebagai budak medik kat mesir.
ni tahun pertama aku join kelas ngaji.
aku ngaku memang aku antara budak malas kat egypt dan lambat sikit dapat petunjuk(maybe?)

aku nak share pasal apa aku dapat dari kelas ngaji sebab aku teringat antara kalam baginda Rasulullah SAW: 'sampaikan dariku walau satu ayat'

harini kami habiskan satu surah annaba'.
aku ditekankan untuk perbaiki lagi bacaan dan kena betulkan sebutan pada hukum mad iwad.

it was indeed a very good lesson,i swear.
dari awal kelas keje nak tersentap and mulalah kelopak mata nak bertakung aje.hati ada taman penuh sakura kemboja cina kot.

lepas habis sesi perdengarkan bacaan ustazah masuk tafsir.memang part ni aku paling tunggu sebab best,ustazah aku ni capable of explaining in three languages,arab,melayu dan inggeris.kalau nak kongsi tafsir maybe panjang.namun aku nak kongsi tentang al quran yang ustazah ceritakan.






AL-QURAN.

ustazah bagi dalam beberapa point simple.
sume benda ni aku yakin korang sume dah masyi bebeno,aku je yang jahil lagi lemah ni nak menulis kat dalam blog sebab rasa nak share tu bergelora dalam diri.

aku bagi sebijik macam apa ustazah bagitau,

1.Alquran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui malaikat jibril Alaihisalam,

2.ayat pertama dari al-quran yang diturunkan adalah dari surah al-Alaq (5 ayat terawal)

3.ayat terakhir ialah dari surah al-maidah ayat 3

4.al-quran diturunkan dalam masa 23 tahun.
korang tahu kan kenapa?

sebabnya,tahun kenabian Rasulullah adalah ketika mana baginda berumur 40 tahun,dan baginda wafat pada umur 63 tahun.

jadi tempoh penurunan alquran adalah selama dua tempoh tersebut.

5.Alquran diturunkan pada malam lailatul qadar yang mana lebih baik dari 1000 bulan.

6.Rasulullah SAW yang ummiy menghafal alquran di dada baginda,tidak mencatatnya,

7.Al quran mempunyai 114 surah dan 30 juz.

8.surah terpanjang ialah surah al baqarah

9.surah terpendek ialah surah al kauthar

10.ayat alquran yang terpanjang ialah yang dinamakan ayatud din dari surah al baqarah ayat 282.

part paling aku touching bergenang air mata bila ustazah ceritakan ketimana rasulullah SAW mendapat wahyu alquran yang terakhir melalui malaikat jibril alaihisalam,baginda dapat rasakan yang ajal baginda sudah sampai,lalu diberitahu kepada puteri baginda,sayyidatina Fatimah alaihasalam,lalu dia menangis mendengarnya,

part paling indah,
Rasulullah memujuk fatimah alaihasalam yang dia akan menyusul baginda selepas 6 bulan.
i was so touched upon hearing this,that i couldnt ask my tear gland to just stop functioning for awhile.


beautiful lesson from ustazah.
Allahumma thabbit qalbi ala diinik,waala toatik.

catatan dari bumi nil,mesir.

sedang dalam mood merindui seorang kekasih bernama ibu.

abah juga.

i just cant resist.












Sunday, March 02, 2014

day two at Londong

nak sambung balik cerita winter trip ke london haritu.

kalau nak tahu,


london ni salah sebuah negara yang agak maju.

segala benda yang ada kat sana sangat moden dan orang london ni sangat beradab dan pembersih.

london vs mesir

1.kebersihan.
tak dapat dinafikan london memang bersih.sepanjang jalan tu,kalau tengok tak ada sebarang sampah walaupon cebisan tisu.aku sangat2 infiniti kagum dengan rakyat dia yang memang menjaga kebersihan ni.kalau egypt,cakap je sampah apa,sume ada kat tepi jalan =='

2.peradaban manusia
orang london ni sangat beradab dan murah senyuman.kalau kita bertanyakan soalan,terus dijawab dan sedia membantu.diorang sangat sopan lah!rakyat mesir ni sebaliknya,kalau jumpa yang baik tu..ya Allah memang baik sangat,tapi kalau jumpa yang jahat tu masyaAllah! mengucap aku.
bukan apa,memang stigma kitorg budak malaysia,kalau orang arab ni,kalau baik baik gila,kalau jahat jahat gila(boleh analogikan dengan nabi Musa dan firaun laknatullah)

3.natural beauty
orang london ni semua cantik semua hensem,pakai genetik apa pon tak tahu.kalau masuk train tu,subhanallah,semua boleh jadi actor actress. (exaggerate much,huh?) =D

okay proceed kepada tujuan sebenar post ni,sebenarnya before kitorg ke london,kitorang dah buat research pasal setiap tempat kat sana.yelah kan,akhawat 5 orang ni je yang survive kat bumi london,tak pakai agen pon,sampai sana sendiri,cari tempat tinggal sendiri,discover on how to move from one place to another pon sendiri,all in all alhamdulillah kitorang berjaya buat tu semua.

actually second day ni tak banyak tempat pon pegi sebab kami pikir bila pegi warner bros tempat harry potter berlakon tu akan ambik masa dalam seharian suntuk,tapi alhamdulillah kitorg consume dalam 4 jam je kat sana,so jimat hari kami!


le ticket to warner bros. (30 pound ye anak2)
kita minum dulu! 

le golden snitch tu menarik perhatian aku,tapi nak beli mahaiiii
le bus that brought us to the warner bros studios.just 2 pound for return!
ni adalah replika catur yang ron, harry dan hermione pernah main.bapak besar. 

pandangan dari luar.

kata2 aluan haha
replika el hogwarts

sama saiz dengan tangan harry pottah.ah,aku patut diet!


watak2 dalam pentas lakonan harry pottah








dah habis jalan2 dekat warner bros,kami ke malaysian hall sebab nak tempah bilik untuk 3 hari terakhir kami di london,alhamdulillah sesat.

tapi alhamdulillah nak dekat maghrib tu nak katanya Allah temukan kami dengan seorang akak yang baru keluar dari station queensway,pastu dialah yang bawak kami ke malaysian hall.

bila masuk je kat malaysian hall,kami agak hampa sebab receptionist tu kata bilik macam agak penuh,lagipon kami datang awal,so tempahan untuk bulan dua masih belum dibuka.

tunggu punya tunggu,pujuk punya pujuk,akhirnya kebetulan ada seorang adik ni datang dekat kaunter,kami pon sapa lah dia,macam nak minta tumpang tidur biik dia la kalau dia penghuni situ,alhamdulillah rupanya dia anak kepada warden kat situ.

nampak tak betapa cantiknya aturan Allah untuk kami?

lepas berkenalan,adik tu panggil ayahnya,dan masalah bilik kami selesai.
kami dibawa naik ke rumah nya kerana dijemput ibunya,puan diana.

puan diana dan keluarga ni sangat baik hati,ya Allah.
dia bagi kami makan,kami borak2 sampai malam. =)

(terima kasih puan diana,dan famili kerana sudi menerima kami sebagai tetamu,kami takkan lupa jasa puan dan keluarga sampai akhir hayat kami,may Allah bless all of you)

akhirnya kami pulang ke hostel setelah penat sesat mencari malaysian hall.

adios.

akan bersambung dalam part 3!







Monday, June 10, 2013

istanbul saya datang part 3.

salam peeps.

malam ni saya takde mood nak baca buku,saya ada mood nak update blog je.

sekadar ingin menggamit memori dan berkongsi pengalaman saya ke turki pada cuti winter lepas.

alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga saya perolehi di sana.

so,jom kita check out apa yg ada!

sangat bersih dan hijau bukan? 

i like to look at how the trees been arranged in that manner.

subhanallah


pokok ni mesti dah lama hidup..hrmm

tak ingat la pulak apa fungsi tempat ni,tapi kat tepi tu ada paip utk ambik wudhuk

description pasal obelisk

thanks to pakcik mustafa,our tour guide,btw he can speak malay fluently!


in front of the obelisk yg kita jumpa desription pasal dia tadi.obelisk ni datangnya dari egypt,separuh drinya patah dan stay kat egypt

tempat wudhuk lelaki kat blue mosque

pokok yg berjaya menarik perhatian saya,dalam perkarangan blue mosque

pintu masuk belakang blue mosque i think!

bagus kan?siap ada macam ni lagi..huhu teruja

inside the blue mosque,why blue?sebb mostly dalam masjid tu warna dia biru



siling dari emas aya sofia

aya sofia ni dulunya church,kemudian jadi masjid,itu pasal ada nama para  khulafa' ar rasyidin dan cucu nabi

see?i told ya.

dalam ni byk chandelier tau.cantik sangat

cantik kan.eheh

on our way to museum

pokok ni ada nilai sentimental pada saya.kahkah


cantik gila tempat wudhuk habaq ang

pokok2 kat sini cantik2 and bizarre tau

sayalah anak buluh betung abad 21

dah alang2 jumpa senior smapk kat turki,apa salahnya bergambar iye dok?

blue mosque





ala kulli hal alhamdulillah,banyak ibrah dri journey ke turkey tahun ni yg saya dapati.

mood untuk study dgn lebih baik meningkat berganda ganda,

kalaulah dapat pergi semula ke turki bersama keluarga tersayang pulak kan best.

=')


Friday, May 03, 2013

of ice skating and hikmahs behind it~


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai bakal penghuni syurga sekalian. Amin!

Selawat dan salam atas junjungan rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah masih diberi upaya untuk menulis di papan kekunci ni,

Pertamanya tolong doakan saya,nur liyana binti ab aziz mendapat mumtaz bagi subjek histologi,physiology,anatomy dan biochemistry pada tahun ini. (terima kasih diucapkan =)

Hari ni saya pergi meluncur ais,

Bahasa orang putihnya adalah ice skating,

Saya ke sana bersama cinta hati saya,

Cinta hati di sini ialah ahli usrah kesayangan saya,(baca :ahli SMART CIRCLE)

Saya tiba awal di ice planet,family land,maadi bersama-sama twin saya,piqah dan kak nor,

Kami lihat ramai orang bangsa arab sedang meluncur laju di atas ice rink,

Perkataan pertama yang terkeluar di mulut saya,

‘hebatnya diorang main,i can’t do this’

Okay,itu persepsi

Setelah menunggu hampir suku jam,

Tiba sekumpulan ahli SC yang selebihnya menggenapkan bilangan kami seramai 9 orang,

Saya yang agak reluctant untuk meluncur ais, terdengar kata2 syurun, ‘kita dah sampai ni,rugilah kalau tak main’

Secara tiba2 semangat saya berapi menyala untuk main,

Okay,itu semangat.

Saya pergi ke kaunter dan nekad meminta kasut meluncur untuk dipakai,

Setelah selesai,saya masuk ke dalam tempat meluncur,

Awalnya,saya sekadar berjalan di tepi sambil pegang dinding di tepi ice rink

Dalam hati saya bermonolog, 

‘tak boleh yana,kau tak boleh takut jatuh,kalau tak ,kau tak akan maju dan sampai bila2 kau tak pandai main’

Akhirnya saya tekad.


Setelah terjatuh,

Diajar teknik,

Dipimpin,

Akhirnya saya berjaya ke tengah ice rink tanpa support sesiapa.

Saya cuba dan cuba berjalan di atas ais yang kian mencair(menyebabkan ice rink jadi lebih licin)

Okey,itu istiqamah dalam mencuba


Natijahnya,saya berjaya jalan walaupun masih dalam keadaan merangkak-rangkak.

Apabila dilihat kembali,saya dapat mengambil beberapa pengajaran di sini,



OH MY PERCEPTION!

Persepsi memainkan peranan terbesar dalam diri kita.

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang sukar untuk kita lakukan,

Dengan mudah kita akan berkata,

’oh,okay,aku tak boleh buat benda ni sebab aku rasa benda ni susah’

Jangan!

Jangan cepat membuat andaian membabi buta(maafkan saya kalau kasar bunyinya)

Kita belum cuba lagi macam mana kita dah boleh cakap yang kita tak boleh buat??

Same goes to examination, kalau kita rasa SUSAH untuk mumtaz, kita akan KEEP ON cakap kat diri kita yang kita takkan mumtaz sebab bagi kita perkara tu sukar untuk dicapai dek akal sempit kita, tapi kita tak CUBA ke arah nak mumtaz,


AKU HILANG SEMANGAT!

berkata tentang semangat,

Untuk mencapai kejayaan dalam hidup,

Kadangkala kita tak boleh lari dari rasa DOWN yang amat sangat,

Jadi,kalau tak dapat sumber untuk dapatkan semangat belajar tu, at least cubalah mendekati orang/perkara yang boleh menaikkan semngat kita balik,

Jangan biarkan semangat itu hilang ditiup angin puting beliung dalam diri kita!



REDAH SAJA

Kadangkala,bila semangat tu dah ada,kita tak tau teknik/cara sebenar untuk melakukan perkara tu,sebagai contoh,apa teknik untuk ice skating,?

Jadi cara terbaik untuk diapply ialah kau redah saja mehhhh

Awalnya memanglah macam nonsense sebab pikir aku boleh ke dak buat ni,

Tapi seiring dengan masa,kita akan belajar dari orang teknik meluncur,dan pasti Allah menghantar orang baik2 untuk membimbing kita dengan sabar,



TERUSKAN MELANGKAH

‘Jatuh’ itu perkara biasa, berapa ramai diantara pemimpin hebat kita mengalami zaman kejatuhannya  even rasulullah sendiri pernah mengharungi tahun kesedihan apabila sumber semangat dan kekuatan rasulullah iaitu siti khadijah dan bapa saudaranya pergi buat selamanya meninggalkan baginda,

Namun,baginda bangkit semula untuk terus berdakwah tanpa mengenal erti putus asa,

Jadi mengapa kita harus bersedih berduka lara apabila kita tak perform dalam exam sedangkan islam sendiri mengajar kita untuk tidak mudah berputus asa terutamanya dari rahmat Allah.

Siapa tahu? Barangkali Allah tidak menganugerahkan kejayaan buat kita sekarang tapi Allah akan menghadiahkannya kemudian supaya kita merasai betapa indahnya nikmat usaha dan bersabar setelah berpenat lelah berusaha?




AKU PERLU ISTIQAMAH!

Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

Istiqamahlah dalam melakukan sesuatu walaupun sedikit,even baru belajar benda remeh sekalipun,

insyaAllah kerana apabila kita istiqamah melakukan sesuatu, satu system dalam otak kita akan giat berfungsi iaitu satu daripada basal ganglia system yang dinamakan putamen circuit,

putamen circuit berperanan besar untuk kita melakukan kerja tanpa kita perlu berfikir keras untuk melakukannya kerana kita sudah terbiasa melakukan perkara tersebut hasil ke’istiqamah’an kita.hamboih!

sebagai contoh,luncur ais

bila dah lama2 main dan berlatih,

dengan sendirinya kita akan jadi hebat meluncur,

otak kita sendiri tanpa kita sedar,memberi arahan untuk menggerakkan otot2 kaki  kita untuk meluncur dengan laju dan tanpa jatuh hasil keistiqamahan kita berlatih dan terus mencuba.

Maka,terbuktilah istiqamah itu penting dalam melakukan sesuatu perkara terutama yang membawa kebaikan pada diri sendiri dan Islam khususnya.

Jadi mengapa tidak kita istiqamah belajar?

Bukankah belajar itu sesuatu yang dituntut dalam islam supaya umat islam itu sendiri mempunyai pengetahuan luas dan memberi manfaat yang besar pada agama Islam.

Dan juga bukankah belajar itu adalah kata kerja kepada seorang pelajar?

Oh,aku lah pelajar itu,

Oh,kamu juga?

Jadi apa perlu kita buat?

Jom kita belajar untuk ISLAM.

Dan yang pasti apabila kita berjaya, bukankah rasulullah dan ibu bapa kita akan tersenyum melihat kita?

=)

Saturday, April 27, 2013

of pemimpin,PRU and wala'


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dear readers.

May Allah showers us all with HIS bounty of loves and blessings  insyaAllah

Praise be upon our ONE and ONLY LOVE, Rasulullahi S.A.W

Hari ini,tatkala saya membuka facebook, penuh news feed dengan post2 berkaitan politik sempena pilihanraya umum di malaysia tak lama lagi,

Bila saya buka group batch kami pula,penuh dengan poster2 calon yang bertanding untuk jawatan dalam batch bagi sesi akan datang.(tahniah dan takziah diucapkan)

Terus saya tersenyum sendiri dan teringat akan satu hadis nabi:

 ‘setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas pimpinanmu’
Ya,kita semua adalah pemimpin

Kita adalah pemimpin  diri kita sendiri,kita adalah pemimpin kepada nafsu kita,

Kita adalah pemimpin kepada adik beradik,

Kita adalah bakal pemimpin keluarga satu hari nanti,

Mungkin juga kita adalah pemimpin negara masa depan.

Memetik satu kalam indah,

“sekiranya kamu ingin melihat masa depan negara satu hari nanti,lihatlah kepada anak muda pada masa sekarang”

Jelas bukan? 

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah sikap remaja sekarang menjadi cermin kepada apa yang akan terjadi pada negara pada masa depan.

Kalau baik seseorang pemuda itu,maka baiklah masa depan negara dan sebaliknya.

Sememangnya berkata itu mudah tapi untuk melakukannya sangat susah.

Kita suka kalau pemimpin kita tu cantik,baik,sopan santun,mesra rakyat,pandai dan sebagainya.

Kalau boleh semua pakej nak ada pada pemimpin yang kita pilih.

‘tiada orang yang maksum,semua pendosa melainkan rasulullah’

Pemimpin pon ada flaws dia tersendiri,dia buat dosa,sama macam kita,kadang2 dosa dia tu besar,tapi  kita tak nampak,tapi Allah tahu. 

Tapi kita tahu ke kalau dia dah bertaubat atau belum?

Jangan melihat satu kelemahannya,kita membenci seluruh tentang dirinya,

Sedang dia punya sembilan kebaikan lain yang kita tak nampak.

Jangan jadi penghukum manusia

Siapa kita?

Kita bukan tuhan

Allah saja boleh menghukum hambaNYA

Di dalam konsep (manhaj) Islam, pemimpin merupakan hal yang sangat final dan fundamental.

Ia berada dalam posisi tertinggi dalam bangunan masyarakat Islam.

Dalam kehidupan berjama'ah, pemimpin ibarat kepala dari seluruh anggota tubuhnya.

Ia memiliki peranan yang strategis dalam pengaturan pola (minhaj) dan gerakan (harakah).

Kecekapannya dalam memimpin akan mengarahkan ummatnya kepada tujuan yang ingin dicapai, yaitu kejayaan dan kesejahteraan ummat dengan iringan redha Allah 

Pernah suatu ketika, Saidina Umar berkata, 

"Alangkah bagusnya aku menjadi seperti pohon tamar. Sesudah mati tidak akan dipersoalkan lagi". Apabila berfikir mengenai kematian, Saidina Umar pasti akan menitiskan air mata keinsafan. Manusia selepas mati pasti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Segala amalan di dunia akan dipersoalkan dengan al-Mizan keadilan Allah SWT. Andai buku amalan diterima dengan tangan kanan, maka baiklah keadaan seterusnya. Sebaliknya jika dengan tangan kiri, maka rugi dan menyesallah dia.

Pembantu Saidina Umar, Aslam kehairanan melihat Saidina Umar lantas bertanya,

 "Wahai Amirul Mukminin, mengapa kamu menangis?".

"Aku sangat takut akan seksaan kubur dan azab neraka", jawab Saidina Umar.

"Tetapi tuan sudah tergolong dalam orang-orang yang dijamin syurga bukan?", tanya Aslam.

"Sekiranya aku melakukan kesalahan, aku tetap dihukum dahulu kecuali dengan pengampunan Allah Taala",
 jawab Saidina Umar.

Mendengar Aslam jawapan Saidina Umar itu, dia cuba menghiburkan hati Saidina Umar,

"Tuan tidak pernah melakukan kesalahan. Tuan seorang khalifah yang adil".

"Di akhirat nanti, aku pasti ditanya mengenai kepimpinanku dan apakah nasibku sekiranya masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat haknya lalu mereka menuntut keadilan di hadapan Allah A'za Wajalla?", tanya Saidina Umar. 

"Semoga Allah ampunkan kesalahan tuan", ujar Aslam. 

“Jawatan merupakan suatu amanah yang akan dipersoalkan semasa hari akhirat. Apabila bergelar pemimpin, sebelah kaki kita sudah ditarik ke lembah neraka. Jadi pemimpin bukan kerana jawatan, nama, harta dan kemahsyuran tetapi ikhlas kerana Allah Taala

Semoga kita semua thabat di jalan Allah.
Semoga Allah redha.


Friday, March 29, 2013

big girls don't cry

salam alaikum!

tahun 2013 merupakan tahun paling bersejarah bagi aku.sebabnya tahun ni,bila orang tanya umur aku bape..aku macam agak hesitate la nak jawab sebabnya dah umur 20 tahun kan,dah takde angka satu tu kat depan.

lulz

dan setiap hari selasa aku ada kelas psychology,dalam kelas tu aku diajar tentang bagaimana psychology seseorang sejak dari lahir sampailah old age. dan ada pembahagian umur beserta kategorinya, aku yang umur dua puluh ni kiranya dah tergolong dalam golongan EARLY ADULTHOOD sebab umur aku dah 20.jadinya persoalan yang aku ingin timbulkan kat sini adalah:

 "adakah aku sudah cukup matang untuk melangkah ke fasa AWAL DEWASA?" (gulp)

itulah satu soalan yang berputar ligat dalam cerebral cortex aku selama ini.

tanggal 4 mac hari tu,aku ke kelas seperti biasa.

segalanya berlaku secara normal.

sesampai di kelas,aku dinyanyikan lagu hari lahir.

aku gembira

oh,terharu tidak lupa.

aku fikirkan hari aku berlalu seperti hari2 lain.

petang itu aku telefon mama,

khabarkan padanya tentang har bahagia aku.

"oh betullah hari ni 4 mac!", kata mama.

ok,pandai mama kaver lupa. ahaks.

tapi takpe,bila mama kata dia doakan aku,aku terus terharu.

gud job mama.u've made my day ^^

aku pulang ke rumah. macam biasa,tiada yang spesel. aku masih berjalan kaki ke rumah. siapalah aku untuk tetiba ada sorang driver jemput dari sekolah untuk pulang ke rumah di sayeda zainab.

malam itu, sedang aku menelaah ilmu pelajaran di satu sudut di bilikku,

aku ditutup mata dari belakang.

aku fikirkan perompak.

jangkaanku meleset

rakanku membawa aku yg sudah buta penglihatan keluar rumah.aku dibawa menaiki lif ke satu tempat.

setibanya di sana,aku dibuka penutup mata.

keadaan yang gelap gelita tapi disirami cahaya lilin atas kek membuatkan aku terharu malu lantas terkaku.

angin malam yang dingin sejuk di mesir diiringi nyanyian oleh artis koir terhebat rumah satu imarah 11 membuatkan kelopak mata aku basah.

terima kasih antunna.

semoga Allah balas dengan ganjaran pahala kepada antunna semua.

oh tidak lupa kepada rakan2 yang tinggal di imarah abang izamil.

kami makan dengan gembira.

sambil bertukar2 cerita.

sungguh indah malam itu.



terima kasih mama kerana melahirkan anakmu ini.

semoga Allah memeliharamu mama.


aku anakmu kini sudah menginjak dewasa,
ingin kudendangkan lagu indah bermadah rindu buatmu mama dan abah,

'seandainya aku telah dewasa,
akan ku capai segala citaku harapanmu,
akan ku balas jasamu,
ayah dan ibu'

-dari anakmu yang sudah hampir tidak nakal-





Tuesday, February 12, 2013

istanbul here i come day one ^^

salam alaik.

semoga kita semua berada dalam rahmat kasih sayang Allah selalu. (winking)

during last winter break, i was succesfully stepped on the land of turkey. it was a very very very exciting moment in my life as for me,it's the first time ever to travel to other country except for egypt.

and yeah,i enjoyed every seconds in turkey. i went to many places such as bursa,mount uludag,topkapi palace,hagia sophia and many more!

so here are my stories..i'd like to provide some pictures of me interframing the great yet awesome beautiful bombastic scenery in turkey.

let's start with day one!

we arrived at the sabiha goukchen airport ..but then,sempat lagi posing tuh.

jalan betul2 depan hotel yg kitorg stay.

in front of our hotel with my housemate.

a mosque! well,there are many mosques built here i tell u!

one of the mosques here.the suleymeniyah mosque.

ala..terbalik la pulak,ini namanya sup pembuka selera.tapi sebb rasa dia cam kuah dal,terus tertutup rapat selera aku.haha

roti pencicah kuah dal di atas.rasanya asalnya ni roti baguette yng panjang tu,pastu potong2..so..tada!

the ostadz and ex student badiuzzaman syed nursi.seorang tokoh pemikir hebat turki!

me with icha at grand bazaar. after exchanging money.

alas,my dream to reach turkey was fulfilled and i was very thankful to Allah SWT for giving me the chance to be there.

so till we meet again in istanbul here i come day two. ^^


see u ols.luls.

assalamualaikum wbt!



Saturday, January 19, 2013

150 minit bersama ustajah liyana.lulz

assalamualaikum!

apa habaqqqqq!??? (hamboih,,terok bebenor bunyinye)

alhamdulillah saya sihat.. ^^ (bajet orang tanya kabar balik)

allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.


ehem.ok

sebenarnya nak share sikit ilmu yang saya dapat dari ustaz don. baru2 ni,pada 17 januari malam, bertemankan angin spoil2 bhasa (?) di markas perubatan abu risy,kaherah mesir telah berlangsung program sempena maulidurrasul anjuran BPI GEN11US. penceramah terkenal,ustaz don daniyal don biyajid telah datang dan bagi kuliah.

kalau biasa kita dengar, 60 minit bersama ustaz don kan?

haa..kali ni lain sikit, dia macam spesial sikit, eh spesial banyak..

sebab kali ni bukan 60 minit je..tapi 145 minit 32 saat bersama ustaz don (bak kata MC ^^)

haa..x caye ke? (x caya sudah)

ini bukan cobaan.ini betul2 kejadian >.<

so, kat sini nak share la video rakaman ceramah ustaz don tu.. =)




mengikut apa yang saya dapat simpulkan, terdapat beberapa point untuk kita sama2 baca,fahami dan sematkan dalam hati seterusnya beramal insyaAllah.

antaranya :



1. nabi muhammad ialah tanda kekuasaan Allah, buktinya adalah mukjizat nabi

2. nabi muhammad s.a.w bercahaya.., baginda tiada bayang-bayang kerana baginda sendiri adalah cahaya

bukti kes= saidatina aisyah,sedang menjahit,tiba-tiba jarum terjatuh,beliau mencari jarum bawah katil, rumah gelap masa tu, then bila nabi enter the house, she can find the needle instantly, amazing right? ^_^

3. siapa sentuh badan nabi , badannya tidak akan disentuh api neraka

bukti kes= sahabat nabi , selepas nabi berbekam,  dia minum darah nabi, then nabi kata perutnya takkan disentuh api neraka

masalah: tapi kenapa abu talib masuk neraka?? =sbb ini hanya valid pada orang  yang beriman kepada nabi.

4.sahabat nabi, dalam kalangan mereka, ketika nabi hamper wafat diajak berkumpul, nabi galakkan agar berwasiat, ketika bermusafir ataupun sakit.

5.karamah wali2 Allah:

bukti kes= ada wali Allah yang tidak disempurnakan jenazahnya, tangannya menarik kain kapan,bangun dan berkata:

''cepat sikit, Allah dan para rasul menunggu kehadiranku''

6.bukti kasih sahabat pada rasulullah:

 ketika nabi hampir wafat, dan meminta semua berkumpul. Baginda ingin melangsaikan hutang sekiranya ada. Seorang sahabat bangun lantas berkata nabi pernah pukul dia, then tambah lagi dgn menyatakan nabi pukul dia dengan tak pakai baju, nabi buka baju untuk beri die peluang pukul nabi.

Apa yang sahabat nabi buat masa itu??
dia peluk nabi, cium perut nabi lantas berkata:

''takkanlah aku nak pukul nabi?? engkau pernah berkata siapa yang bersentuh denganmu, haram buatnya neraka, sekarang aku yakin, aku selamat dari Api neraka dengan memelukmu...''

sedihnya, aku nak peluk nabi jugak  :(  

7.Dalam Azan: hadis muslim :

sesiapa  yang baca jawab azan dan bace doa azan.... dengar betul ni!!!  :

part:  '' aati saidina muhammadanil wasilata wal fadhilah.....''

sabda rasulullah : siapa yang  doakan aku  untuk dapat makam wasilah itu..., wajib untuknya syafaatku.

tak nak ke kawan???? sehari  5 kali jawab azan dan seminggu 35 kali kita doa, takkan Allah dan nabi tak tahu... mereka tahu!!! jadi jangan sia-siakan !!!!!!

8. ikutlah nabi dalam sunnat, contohnya raikan hari jumaat, buka lampu rumah terang2, ikut semua sunah nabi dari kecil hingga besar.

 cnth: bersugi, cincin, celak, makan duduk, dan byk lagi....

9.nabi dan anbiya' , mereka tidak mati meskipun telah wafat.

bukti kes=rambut nabi.

ceritanya: sultan brunei beli rambut nabi dengan harga 4 juta. sehelai rambut sahaja!!!

dan cara nak tahu itu rambut nabi ke tak, rambut nabi tiada bayang2... dan paling ajaib sekali,  RAMBUT NABI KALAU DIPOTONG, AKAN TUMBUH BALIK.  apa rasional disebalik hikmah tu??? kalau tumbuh balik semua maklum itu tindakan protein for formation new cell for LIVING ORGANISM.. dan jelas, nabi meskipun wafat, baginda tidak mati, masih hidup.

Dan orang yang syahid di jalan Allah sebenarnya tidak mati =)

10.nabi muhammad s.a.w, ketika isra' mi'raj jumpa nabi musa sedang solat dimakamnya... juga merupakan bukti yg para rasul  nabi  dan anbiya' meskipun wafat , mereka tidak mati.

11.nabi sebaik-baik kejadian:

''anta shams, anta badru, anta nur ru fauqanuri'' = scra mudahnya, nabi adalah cahaya bagi segla cahaya

12. bila nabi wafat, kelam bangunan-bangunan di madinah.

13.ummu Aiman, pengasuh nabi,terjumpa sebekas air di bawah katil nabi,itu sebenarnya air kencing nabi,namun ummu aiman meminum air kencing nabi, dia maklum air kencing itu najis, tapi dia teringat nabi kata siapa yang bersentuh denganku, haram buatnya neraka . tetapi apa saja yang keluar dari tubuh nabi Muhammad BUKAN lah najis 

14.nabi adalah manusia yang luar biasa

bukti kes= ada seorang minta nabi buktikan kenabiannya.. lalu nabi suruh dia panggil pokok tu dtg kepada nabi..
kemudian, pokok itu keluar dengan akar-akarnya, pergi ke arah nabi...dan mengucapkan salam..


15. Kenapa dalam al-quran  surah al-hadid ayat 16 Allah berfirman :


Firman Allah SWT maksudnya : "Belumkah tiba saatnya bagi orang-orang yang beriman untuk merasa takut hati mereka kerana peringatan Allah dan kebenaran yang turun kepada mereka, dan hendaklah mereka tidak menjadi seperti orang- orang yang diberikan al-Kitab sebelum mereka, setelah berlalu waktu yang PANJANG lantas membuat hati mereka KERAS, dan banyak di antara mereka adalah orang-orang yang FASIK." (Surah al- Hadid ayat 16)


sebab apa Allah kata macam ni?? sebab mereka jauh dari rasul dan nabi mereka.

jadi, jom kita dekati nabi kita, insyaAllah hati kita tidak keras..,
formulanya:   jauhi nabi= hati keras    dekati nabi= hati lembut dan tenang

16 .hafallah salasilah keturunan nabi Muhammad S.A.W , at least  kalau Allah tanya kita boleh jawab, bukti kita sayangkan nabi.

ustaz pernah kata,dia sungguh-sungguh hafal nama penuh ni depan kaabah...
agar , bila Allah tanya bukti kecintaan dia pada rasul, at least dia boleh jawab nama penuh nabi..
jadi , jom hafal nama nabi... moga usaha sekecil kuman ini mendapat redha Allah dunia akhirat...

Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan.

Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja, ke atasnya menjadi perselisihan. 

Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). 

Di sinilah pertemuan nasab ayahnya dengan nasab ibunya.

jadi,sama2 lah kita renung2kan dan selamat beramal. insyaAllah =D


semoga hubungan ustaz don dan zaujah,kak husna  kekal sampai syurga
alhamdulillah 'ala kulli hal ^_^