Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, March 29, 2013

big girls don't cry

salam alaikum!

tahun 2013 merupakan tahun paling bersejarah bagi aku.sebabnya tahun ni,bila orang tanya umur aku bape..aku macam agak hesitate la nak jawab sebabnya dah umur 20 tahun kan,dah takde angka satu tu kat depan.

lulz

dan setiap hari selasa aku ada kelas psychology,dalam kelas tu aku diajar tentang bagaimana psychology seseorang sejak dari lahir sampailah old age. dan ada pembahagian umur beserta kategorinya, aku yang umur dua puluh ni kiranya dah tergolong dalam golongan EARLY ADULTHOOD sebab umur aku dah 20.jadinya persoalan yang aku ingin timbulkan kat sini adalah:

 "adakah aku sudah cukup matang untuk melangkah ke fasa AWAL DEWASA?" (gulp)

itulah satu soalan yang berputar ligat dalam cerebral cortex aku selama ini.

tanggal 4 mac hari tu,aku ke kelas seperti biasa.

segalanya berlaku secara normal.

sesampai di kelas,aku dinyanyikan lagu hari lahir.

aku gembira

oh,terharu tidak lupa.

aku fikirkan hari aku berlalu seperti hari2 lain.

petang itu aku telefon mama,

khabarkan padanya tentang har bahagia aku.

"oh betullah hari ni 4 mac!", kata mama.

ok,pandai mama kaver lupa. ahaks.

tapi takpe,bila mama kata dia doakan aku,aku terus terharu.

gud job mama.u've made my day ^^

aku pulang ke rumah. macam biasa,tiada yang spesel. aku masih berjalan kaki ke rumah. siapalah aku untuk tetiba ada sorang driver jemput dari sekolah untuk pulang ke rumah di sayeda zainab.

malam itu, sedang aku menelaah ilmu pelajaran di satu sudut di bilikku,

aku ditutup mata dari belakang.

aku fikirkan perompak.

jangkaanku meleset

rakanku membawa aku yg sudah buta penglihatan keluar rumah.aku dibawa menaiki lif ke satu tempat.

setibanya di sana,aku dibuka penutup mata.

keadaan yang gelap gelita tapi disirami cahaya lilin atas kek membuatkan aku terharu malu lantas terkaku.

angin malam yang dingin sejuk di mesir diiringi nyanyian oleh artis koir terhebat rumah satu imarah 11 membuatkan kelopak mata aku basah.

terima kasih antunna.

semoga Allah balas dengan ganjaran pahala kepada antunna semua.

oh tidak lupa kepada rakan2 yang tinggal di imarah abang izamil.

kami makan dengan gembira.

sambil bertukar2 cerita.

sungguh indah malam itu.



terima kasih mama kerana melahirkan anakmu ini.

semoga Allah memeliharamu mama.


aku anakmu kini sudah menginjak dewasa,
ingin kudendangkan lagu indah bermadah rindu buatmu mama dan abah,

'seandainya aku telah dewasa,
akan ku capai segala citaku harapanmu,
akan ku balas jasamu,
ayah dan ibu'

-dari anakmu yang sudah hampir tidak nakal-





Saturday, October 06, 2012

apa khabar orang malaysia?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! -tak jawab dosa,kalau jawab sayang =) -

fuh~ fuh~ tiup habuk sikit..dah lama tak hapdet kan. berdebu jadinya blog ni.

untuk makluman korang(as if macam adela orang yg nak baca blog aku ni==' ) sekarang aku (sekarang ni rasanya lebih selesa pakai aku..KOT) ada kat mesir..

sebenarnya dah hampir dua minggu sampai ke mesir setelah menghabiskan cuti selama dua bulan bersama family.

rasa rindu pada family aku masih tebal dalam dada ni. aku macam dapat flashback balik segala benda yg terjadi kat rumah sepanjang aku balik bercuti ke malaysia. Allah,,rasa sebak dalam dada hanya Allah yang tahu. aku tak tahu kenapa..mata ni tak dapat mengawal air mata yg degil ketegaq tergedik gedik nak jugak keluar dri lubang air mata tu.

pagi tadi aku bukak fesbuk. aku pergi home dan aku jumpa status adik aku.


lepas aku baca sumpah air mata aku mengalir tahap hujan lebat.. 

"adik, ssesungguhnya mung kena tahu satu benda ni..walau aku bekeng macam mana pon dengan mung, mung kena tahu yang aku sayang sangat kat mung. sebab tu lah aku sokmo maroh mung. aku nok ajar mung hidup berdikari. bila besar nanti jadi orang berguno. bukan orang yang rosak. orang yang rosak tu dia bukan menyusahkan diri sendiri, tapi dia juga menyusahkan abah dan ma. dan ma tu..syurga ada bawah telapak kaki dia. jangan sesekali bagi ma sakit hati. itu pantang aku..ok adik? kalu mung baco blog aku ni..aku nok mung jago hati ma ngan abah. jadi adik yang baik.
sebab gapo..sebab aku saye ko mung."

seriously aku cakap, aku rindu sangat dengan keluarga aku. waktu hantar aku kat airport, tak semua ahli keluarga aku ada.. tapi aku rasa lega kalau kepergian aku ke mesir diiringi dengan doa dari semua. 

alhamdulillah..aku kat sini baik je.setakat ni cuaca masih lagi panas. cuma kadang2 deru angin tu cukup sejuk menandakan musim sejuk akan menggantikan musim panas. aku secara jujurnya aku lebih sukakan musim sejuk sebab malamnya yang lebih panjang membuatkan aku punya banyak waktu untuk belajar. tapi aku pun manusia. dan manusia tu lumrahnya pelupa. jadi ada sesetengah masa aku habiskan dengan buat benda selain   belajar.

namun satu perkara aku pegang,dan akan tetap menjadi prinsip aku sampai bila2.

CAPAILAH KEREDHAAN IBU BAPA KERANA KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA.

aku bukan apa,,cuma aku perhatikan..ada manusia yang belajar bersungguh sungguh pagi petang siang malam membaca buku, mengulangkaji pelajaran, tapi doa dari ibu bapa jarang diminta. nak skype dengan mak ayah sendiri pon malas! aku malas la nak campur hal tepi kain baju seluar orang, tapi bila keluar keputusan periksa, mulalah nak hampa bagai. katanya dah study sungguh2 tapi pelik kenapa tak berjaya.tak payah nak bangga lah kalau dah ulang baca buku 4000 kali pon.

masalahnya tak payah la nak pelik bagai kalau diri sendiri tak capai keredhaan ibu bapa. tolonglah minta doa sebelum korang menghadapi ujian atau peperiksaan walaupun peperiksaan itu hanya untuk 5 markah.tak susah pun,kalau taknak skype, hantarla mesej..

lagi satu, tolonglah minta keizinan ibu bapa korang sebelum buat sesuatu walaupun benda tu benda baik..contohnya kalau korang nak wat umrah sangat2..tapi mak ayah kata balik la dulu tahun ni..tahun kemudiannya baru buat umrah. tapi korang degil dan still teruskan plan korang buat umrah. pastu korang ditimpa ujian atau bencana disebabkan mak ayah korang tak redha. pastu korang nak salahkan siapa? salahkan pakcik yang jual tong gas? mestilah salahkan diri sendiri sebab korang tak respect keputusan mak ayah korang.(benda ni untuk muhasabah diri aku juga)

ok.chill. sebenarnya aku buat post nih utk hepi2 je.setelah lama tak hapdet belog.tapi terlebih emosi sikit.maap ler.

btw, aku rndu kat orang malaysia especially ma ngan abah. tapi diorang ke sabah la pulak. takpela,kalau ada rezeki dan jodoh aku dengan ma abah aku,aku akan skype dengan diorang once diorang dah balik umah.

lagi satu, sebenarnya tanggal 19 september hari tu adalah hari bersejarah di mana hari itu telah genap 56 tahun umur abah aku. sanah helwa abah. moga abah dilindungi dan dijaga Allah selalu. moga Abah panjang umur. disayangi ma selalu. moga cinta ma dan abah kekal sampai syurga insyaAllah. inilah doa anakmu di perantauan. apa2 pon aku sayang ma ngan abah aku. post ni dedicated to them and my family as well.

yana akan jadi anak yang berguna. insyaAllah.


abah tengah potong kek pelangi yang aku buat.terharu~

oklah.pen off

"sungguhlah kalau dibandingkan dengan segala permata di dunia ini,aku pasti pilih kedua ibubapa ku.kerana merekalah aku disini" -liyanaazizsays-

Friday, July 01, 2011

sajak untuk ibu saya..





bismillahirrahmanirrahim..

izayyak entu?

moga2 antum sumer sentiasa berada dalam jagaanNya selalu..

post kali ni..ana nak tujukan kerinduan khusus untuk family di rumah..(sori..ana senang touching akhir2 ni..)

tapi yang paling ana rindu mestila mak ana..antum pon mesti rindukan mak antum kan..??tambah2 dah lama x balik dan makan masakan mak..(asyik beli je..huhu..ok..taknak merungut dah..tak baik)

okla..mari kita terus ke agenda utama..kat sini ada satu sajak yang paling ana suka masa kecik2 dulu..sajak ni pernah kuar kat tv..dan sajak ni special untuk ibu saja..(sori abah..sajak untuk abah dalm post seterusnya ok..huhu)


so..here it is..

Saya ada Ibu
Ibu saya satu
pesanannya beribu-ribu
kita menerima pesanan
namun, pesanan itu tertinggal di luar ingatan
kita menjadi jemu
kerana...
pesanannya beribu-ribu
namun, ibu tetap ibu
"Buat begini, jangan begitu
Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu
pilihlah kawan-kawan yang bermutu
jangan pilih kawan yang berhantu
Ibu
Kuyakini kau mengenali
Yang mana kaca
Yang mana permata
Yang mana budaya
Yang mana buaya
Barulah aku sedar
Ibu,
berilah aku pesanan beribu-ribu
berjanjilah wahai ibu
berilah daku pesanan beribu-ribu
kerana sempurnanya seorang Ibu
dengan pesanan beribu-ribu

dan lagu ni juga ana tujukan untuk mak ana kat rumah..

nota kaki: semoga antum juga sentiasa mengingati jasa ibu bapa antum..balaslah jasa mereka selagi kita bernyawa..berbaktilah pada mereka seadanya..insyaAllah..kita semua dipertemukan di syurgaNya..amin..

Sunday, June 19, 2011

1000 impian..(^_^)

salam..

bismillahirrahmanirrahim..kaifa halukum..??insyaAllah semuanya sihat2 belaka..(ayat skema=p)

entry ni berkisar ttg impian..

semua orang ada impian masing2 bukan?

dan semestinya impian kita tu mestilah perkara yang kita ingin sangat sangat sangat capai..

dan untuk ada impian..kita mestilah memasang angan2 dulu..haha..(ana mmg suka berangan)

dan kadang2 ada impian yang mustahil sangat untuk kita capai..(kalau ada miracle yakni keajaiban..mungkin kemungkinan untuk capai impian tu ade la kot)..

ade orang nak kahwin ngan anak raja la..

ade orang nak jadi angkasawan la..

ade pulak orang yang impiannya nak tour satu dunia..

dan ana jugak ada impian sendiri..=p


sebagai contoh..mase kecik2 dulu...

tu mase kecik2 tau...(peringatan sekali lagi..mase kecik2 ok..)


waktu tu ana baru berumur 7 tahun..baru masuk sekolah rendah la kan..which is otak pada masa tu asyik pikir main je..=p

ada seorang sahabat ayah saya bertanya pada saya..

"yana..nanti besar yana nak kahwin dengan sape??"

dan tanpa segan silu..tanpa ada rasa malu..yana pon menjawab..(straight to the ampang point tu..takde lapik2 punya)

"aaaaaa...nak kawin ngan asyraf* anak pak cik aziz.."(tetttt...)

p/s: asyraf tu adelah kawan sekelas mase darjah satu..dan ana pon tak tahu nape ana suke die mase kecik2 dulu..(peringatan...ni mase kecik2 dulu tau..kalau tanye sekarang..mungkin jawapannye tak tahu=p)

erk..tu cerita impian mase kecik2 dulu..

tu cerita impian ana..

ni cerita pasal adik ana pulak..

dia bersekolah kat sekolah kebangsaan machang 2 which the headmaster is my own dad..n of course..ana pon sekolah ctu mase kecik2 dulu..drjah satu smpai darjah 6

n then..satu hari..mak ana bertanya kat ana..ape cita2 nnti besar???

ana pon jawabla.."erm..nak jadi cam ustazah bahyah"..which is pendakwah bebas la kan.???

on that time..ana jawab nak jadi cam ustazah bahyah sebab memang minat la dengan beliau..n sangat kagum la..hinggakan letak gambar ustazah bahyah jadi profile picture kat friendster..haha


pas tu..mak ana pon tanye kat adik.."ha..adik nnti besar nak jadi ape?"

pastu..adik yang mase tu kecik agi..(xdela kecik sangat pon..tapi still budak kecikla kan?) menjawab..."aaaaaaa...adik nak jadi tukang sapu sampah kat sekolah abah"

haha..pastu bermula la babak di mana kitorang satu family gelak pasal cite2 adik tu memang pelik..(mungkin sebab makcik sapu sampah kat sekolah abah tu baik ngan adik kan?)

haha..itu satu cerita..

haa..ni pulak impian ana bila dah masuk alam persekolahan peringkat menengah..

satu hari..

ana bertanya kat mak ana yang sedang menjahit*

p/s: menjahit adelah kerja overtime mak ana di samping menjadi pendidik,seorang ibu,seorang isteri,seorang katerer,seorang hamba Allah..dan yang paling penting..she is totally a great superwoman..

"ma..kenapa ma ambik upah menjahit,memasak sume2 ni???ma tak letih ke??"

mak ana pon menjawab.."na,ma buat sume ni sebab ma nak tanggung anak2 ma belajar..ma x kesah ma letih macam mana pon asalkan ma dapat tanggung anak2 ma..lagi satu,ma teringin nak beli kereta mercedes lampu bulat tu"

"ma nak kereta mercedes lampu bulat?nanti yana besar..yana kerja..yana beli satu untuk ma"



(macam ni la rupa kereta tu kot..)

dan..hari tu..ana telah membuat satu janji untuk mak ana..yang mana ana kena beli merc tu untuk dia bila ana dah bekerja nanti..juga menjadi impain ana untuk tunaikan janji tersebut..

start drpada hari tu..ana janji nak belajar sungguh2..skor spm..jadi doktor n then beli kereta merc tu untuk ma..

dan sekarang..here i am..di intec..ana masih lagi berpegang pada janji ana..nak belajar rajin2..jadi doktor..dan belikan mak ana kereta merc tu..

satu hari kat KB..kejadian ni berlaku tahun ni..

mak ana tengah drive kereta..then sampai kat satu traffic light..lampu merah dan mak ana berhentikan kereta..kat depan kitorg ada satu kereta mercedes lampu bulat..n then..ana pon berkata.."ma..ma nak kereta mercedes macam ni ke??"

pastu mak ana menjawab.."ha..macam ni la..kenapa?"

"nanti yana jadi doktor..yana beli satu untuk ma"..kemudian ana tersengih lebar sambil berangan tengok ma bawak kereta merc tu

tetiba mak ana gelak..

ana pon pelik..lalu bertanya "nape ma gelak???"

n then mak ana menjawab.."yana..mase tu ma mesti dah tua..ma pon dah tak larat nak bawak merc tu..takpelah..yana je yang bawak kereta tu sambil bawak ma jalan2"

ana pon tersenyum tengok mak ana..tapi dalam hati Allah je yang tahu betapa sebaknya hati ana..

ana tak boleh bayangkan macam mana kalau mak ana takde kat sisi ana mase tu..mungkin ana dah menangis teruk2..

alasan pertama: ana cepat touching kalau mak ana cakap pasal dia dah tua or something like that sebab ana takut kehilangan dia..

alasan kedua: ana terfikir..sempat ke aku nak belikan ma kereta tu dan hadiahkan kat ma keta tu??

alasan ketiga: adakah impian aku dan ma ni akan tercapai..sebab ada kemungkinan aku pergi dulu sebelum dia..(T.T)

dan memikirkan semua tu..hati ni sekali lagi menjadi sebak..mungkinkah impian ana ni tercapai..(???)

dan Allah knows what's the best for His slaves..

dan ana akan selalu berdoa..seandainya itu yang boleh menggembirakan ma..yana akan berusaha..

yana tahu impian ma untuk kebaikan kami anak2 ma..dan menjadi impian yana juga untuk menggembirakan hati ma..

walaupun dengan hanya berjanji belajar bersungguh2 utk belikan sebuah merc untuk ma..

(T.T)

p/s: ma..yana rindu ma..semalam yana mimpikan ma..

n i did cry last night thinking of u mom..semoga Allah bersama ma..abah dan keluarga di rumah..


pen off..