Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dear readers.
May Allah showers us all with HIS bounty of loves and
blessings insyaAllah
Praise be upon our ONE and ONLY LOVE, Rasulullahi S.A.W
Hari ini,tatkala saya membuka facebook, penuh news feed
dengan post2 berkaitan politik sempena pilihanraya umum di malaysia tak lama
lagi,
Bila saya buka group batch kami pula,penuh dengan poster2
calon yang bertanding untuk jawatan dalam batch bagi sesi akan datang.(tahniah
dan takziah diucapkan)
Terus saya tersenyum sendiri dan teringat akan satu hadis
nabi:
‘setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas pimpinanmu’
Ya,kita semua adalah pemimpin
Kita adalah pemimpin diri kita sendiri,kita adalah pemimpin kepada
nafsu kita,
Kita adalah pemimpin kepada adik beradik,
Kita adalah bakal pemimpin keluarga satu hari nanti,
Mungkin juga kita adalah pemimpin negara masa depan.
Memetik satu kalam indah,
“sekiranya kamu ingin melihat masa depan negara satu hari
nanti,lihatlah kepada anak muda pada masa sekarang”
Jelas bukan?
Apa yang ingin disampaikan di sini ialah sikap
remaja sekarang menjadi cermin kepada apa yang akan terjadi pada negara pada
masa depan.
Kalau baik seseorang pemuda itu,maka baiklah masa depan
negara dan sebaliknya.
Sememangnya berkata itu mudah tapi untuk melakukannya sangat
susah.
Kita suka kalau pemimpin kita tu cantik,baik,sopan
santun,mesra rakyat,pandai dan sebagainya.
Kalau boleh semua pakej nak ada pada pemimpin yang kita
pilih.
‘tiada orang yang maksum,semua pendosa melainkan rasulullah’
Pemimpin pon ada flaws dia tersendiri,dia buat dosa,sama
macam kita,kadang2 dosa dia tu besar,tapi
kita tak nampak,tapi Allah tahu.
Tapi kita tahu ke kalau dia dah
bertaubat atau belum?
Jangan melihat satu kelemahannya,kita membenci seluruh
tentang dirinya,
Sedang dia punya sembilan kebaikan lain yang kita tak
nampak.
Jangan jadi penghukum manusia
Siapa kita?
Kita bukan tuhan
Allah saja boleh menghukum hambaNYA
Di dalam konsep (manhaj) Islam, pemimpin merupakan hal yang
sangat final dan fundamental.
Ia berada dalam posisi
tertinggi dalam bangunan masyarakat Islam.
Dalam kehidupan berjama'ah, pemimpin ibarat kepala dari
seluruh anggota tubuhnya.
Ia memiliki peranan yang strategis dalam pengaturan pola
(minhaj) dan gerakan (harakah).
Kecekapannya dalam memimpin akan mengarahkan ummatnya kepada
tujuan yang ingin dicapai, yaitu kejayaan
dan kesejahteraan ummat dengan iringan
redha Allah
Pernah suatu ketika, Saidina Umar berkata,
"Alangkah bagusnya aku menjadi seperti pohon tamar. Sesudah mati tidak akan dipersoalkan lagi". Apabila berfikir mengenai kematian, Saidina Umar pasti akan menitiskan air mata keinsafan. Manusia selepas mati pasti akan dibangkitkan di Padang Mahsyar. Segala amalan di dunia akan dipersoalkan dengan al-Mizan keadilan Allah SWT. Andai buku amalan diterima dengan tangan kanan, maka baiklah keadaan seterusnya. Sebaliknya jika dengan tangan kiri, maka rugi dan menyesallah dia.
Pembantu Saidina Umar, Aslam kehairanan melihat Saidina Umar lantas bertanya,

"Wahai Amirul Mukminin,
mengapa kamu menangis?".
"Aku sangat takut akan seksaan kubur dan azab neraka", jawab Saidina Umar.
"Tetapi tuan sudah tergolong dalam orang-orang yang dijamin syurga bukan?", tanya Aslam.
"Sekiranya aku melakukan kesalahan, aku tetap dihukum dahulu kecuali dengan pengampunan Allah Taala", jawab Saidina Umar.

Mendengar Aslam jawapan Saidina Umar itu, dia cuba menghiburkan hati Saidina Umar,
"Tuan tidak pernah melakukan kesalahan. Tuan seorang
khalifah yang adil".
"Di akhirat nanti, aku pasti ditanya mengenai kepimpinanku dan apakah nasibku sekiranya masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat haknya lalu mereka menuntut keadilan di hadapan Allah A'za Wajalla?", tanya Saidina Umar.
"Semoga Allah ampunkan kesalahan tuan", ujar Aslam.

“Jawatan merupakan
suatu amanah yang akan dipersoalkan semasa hari akhirat. Apabila bergelar pemimpin,
sebelah kaki kita sudah ditarik ke lembah neraka. Jadi pemimpin bukan kerana
jawatan, nama, harta dan kemahsyuran tetapi ikhlas kerana Allah Taala”
Semoga kita semua thabat di jalan Allah.
Semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment