Friday, May 03, 2013

of ice skating and hikmahs behind it~


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai bakal penghuni syurga sekalian. Amin!

Selawat dan salam atas junjungan rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah masih diberi upaya untuk menulis di papan kekunci ni,

Pertamanya tolong doakan saya,nur liyana binti ab aziz mendapat mumtaz bagi subjek histologi,physiology,anatomy dan biochemistry pada tahun ini. (terima kasih diucapkan =)

Hari ni saya pergi meluncur ais,

Bahasa orang putihnya adalah ice skating,

Saya ke sana bersama cinta hati saya,

Cinta hati di sini ialah ahli usrah kesayangan saya,(baca :ahli SMART CIRCLE)

Saya tiba awal di ice planet,family land,maadi bersama-sama twin saya,piqah dan kak nor,

Kami lihat ramai orang bangsa arab sedang meluncur laju di atas ice rink,

Perkataan pertama yang terkeluar di mulut saya,

‘hebatnya diorang main,i can’t do this’

Okay,itu persepsi

Setelah menunggu hampir suku jam,

Tiba sekumpulan ahli SC yang selebihnya menggenapkan bilangan kami seramai 9 orang,

Saya yang agak reluctant untuk meluncur ais, terdengar kata2 syurun, ‘kita dah sampai ni,rugilah kalau tak main’

Secara tiba2 semangat saya berapi menyala untuk main,

Okay,itu semangat.

Saya pergi ke kaunter dan nekad meminta kasut meluncur untuk dipakai,

Setelah selesai,saya masuk ke dalam tempat meluncur,

Awalnya,saya sekadar berjalan di tepi sambil pegang dinding di tepi ice rink

Dalam hati saya bermonolog, 

‘tak boleh yana,kau tak boleh takut jatuh,kalau tak ,kau tak akan maju dan sampai bila2 kau tak pandai main’

Akhirnya saya tekad.


Setelah terjatuh,

Diajar teknik,

Dipimpin,

Akhirnya saya berjaya ke tengah ice rink tanpa support sesiapa.

Saya cuba dan cuba berjalan di atas ais yang kian mencair(menyebabkan ice rink jadi lebih licin)

Okey,itu istiqamah dalam mencuba


Natijahnya,saya berjaya jalan walaupun masih dalam keadaan merangkak-rangkak.

Apabila dilihat kembali,saya dapat mengambil beberapa pengajaran di sini,



OH MY PERCEPTION!

Persepsi memainkan peranan terbesar dalam diri kita.

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang sukar untuk kita lakukan,

Dengan mudah kita akan berkata,

’oh,okay,aku tak boleh buat benda ni sebab aku rasa benda ni susah’

Jangan!

Jangan cepat membuat andaian membabi buta(maafkan saya kalau kasar bunyinya)

Kita belum cuba lagi macam mana kita dah boleh cakap yang kita tak boleh buat??

Same goes to examination, kalau kita rasa SUSAH untuk mumtaz, kita akan KEEP ON cakap kat diri kita yang kita takkan mumtaz sebab bagi kita perkara tu sukar untuk dicapai dek akal sempit kita, tapi kita tak CUBA ke arah nak mumtaz,


AKU HILANG SEMANGAT!

berkata tentang semangat,

Untuk mencapai kejayaan dalam hidup,

Kadangkala kita tak boleh lari dari rasa DOWN yang amat sangat,

Jadi,kalau tak dapat sumber untuk dapatkan semangat belajar tu, at least cubalah mendekati orang/perkara yang boleh menaikkan semngat kita balik,

Jangan biarkan semangat itu hilang ditiup angin puting beliung dalam diri kita!



REDAH SAJA

Kadangkala,bila semangat tu dah ada,kita tak tau teknik/cara sebenar untuk melakukan perkara tu,sebagai contoh,apa teknik untuk ice skating,?

Jadi cara terbaik untuk diapply ialah kau redah saja mehhhh

Awalnya memanglah macam nonsense sebab pikir aku boleh ke dak buat ni,

Tapi seiring dengan masa,kita akan belajar dari orang teknik meluncur,dan pasti Allah menghantar orang baik2 untuk membimbing kita dengan sabar,



TERUSKAN MELANGKAH

‘Jatuh’ itu perkara biasa, berapa ramai diantara pemimpin hebat kita mengalami zaman kejatuhannya  even rasulullah sendiri pernah mengharungi tahun kesedihan apabila sumber semangat dan kekuatan rasulullah iaitu siti khadijah dan bapa saudaranya pergi buat selamanya meninggalkan baginda,

Namun,baginda bangkit semula untuk terus berdakwah tanpa mengenal erti putus asa,

Jadi mengapa kita harus bersedih berduka lara apabila kita tak perform dalam exam sedangkan islam sendiri mengajar kita untuk tidak mudah berputus asa terutamanya dari rahmat Allah.

Siapa tahu? Barangkali Allah tidak menganugerahkan kejayaan buat kita sekarang tapi Allah akan menghadiahkannya kemudian supaya kita merasai betapa indahnya nikmat usaha dan bersabar setelah berpenat lelah berusaha?




AKU PERLU ISTIQAMAH!

Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

Istiqamahlah dalam melakukan sesuatu walaupun sedikit,even baru belajar benda remeh sekalipun,

insyaAllah kerana apabila kita istiqamah melakukan sesuatu, satu system dalam otak kita akan giat berfungsi iaitu satu daripada basal ganglia system yang dinamakan putamen circuit,

putamen circuit berperanan besar untuk kita melakukan kerja tanpa kita perlu berfikir keras untuk melakukannya kerana kita sudah terbiasa melakukan perkara tersebut hasil ke’istiqamah’an kita.hamboih!

sebagai contoh,luncur ais

bila dah lama2 main dan berlatih,

dengan sendirinya kita akan jadi hebat meluncur,

otak kita sendiri tanpa kita sedar,memberi arahan untuk menggerakkan otot2 kaki  kita untuk meluncur dengan laju dan tanpa jatuh hasil keistiqamahan kita berlatih dan terus mencuba.

Maka,terbuktilah istiqamah itu penting dalam melakukan sesuatu perkara terutama yang membawa kebaikan pada diri sendiri dan Islam khususnya.

Jadi mengapa tidak kita istiqamah belajar?

Bukankah belajar itu sesuatu yang dituntut dalam islam supaya umat islam itu sendiri mempunyai pengetahuan luas dan memberi manfaat yang besar pada agama Islam.

Dan juga bukankah belajar itu adalah kata kerja kepada seorang pelajar?

Oh,aku lah pelajar itu,

Oh,kamu juga?

Jadi apa perlu kita buat?

Jom kita belajar untuk ISLAM.

Dan yang pasti apabila kita berjaya, bukankah rasulullah dan ibu bapa kita akan tersenyum melihat kita?

=)

4 comments:

  1. yanaa :) ice skating kat mesir?
    teringt ana main ice skating kat sunway dlu.
    pengalaman yg sama!^^

    ReplyDelete
  2. yam =)) yup,kat mesir pon ada ice skating,huhu

    yup,biasalah kita akan bertatih dulu awal2,ni,insyaAllah lepas ni bila dah pro bole ballet la kat atas ice rink tu.hehe

    ReplyDelete
  3. amboi ballet. ana klu ballet seminggu jalan kengkang la alamatnya keh3

    ReplyDelete
  4. hahaha..yammmm..erm anti cuti bila?reunion jom!

    ReplyDelete