Sunday, October 28, 2018

Perubahan

Setiap saat,
setiap denyutan nadi,
setiap degupan jantung,
manusia berhadapan dengan perubahan.

Perubahan jasad,
roh,
hati,
kapasiti ilmu.

Dari benci kepada cinta,
dari ingat kepada lupa,
perubahan masih tetap berlaku,
dan sentiasa mengatasi masa.

aku antara yang takutkan perubahan,
kerana adaptasiku tidaklah sederas aliran air Huka Falls,
dan walaupun aku takutkan perubahan,
tawakalku seinfiniti buat Tuhan.

Tigabelahsepuluhduaribulapanbelas,
tarikh yang paling gila merubah hidupku,
aku tidak lagi boleh tidur di pangkuan omma seperti selalu,
berbicara hati ke hati tentang itu dan ini sehingga jam satu,
pengaruh terbesar untuk aku membuat perubahan status ini adalah dia, omma ku.

omma,
terlalu banyak yang ingin diperkatakan tapi tak terlafaz,
kalimat syukur dan terima kasih hanya mampu di luah,
dan kucupan sayang di atas bawah kiri dan kanan wajah,
segaris senyuman omma membalas.

suami,
maafkanlah andai diri kekurangan serba serbi,
maafkanlah andai tidak mencapai ekspektasi,
tegurlah andai saya tidak menjaga kehormatan diri,
bimbinglah saya hingga ke syurga firdausi.

11.28.
Pasir Tumboh.