Saturday, January 05, 2013

a short one.

assalamualaikum !

one short post a day pon bole la kan daripada tak ada. ohok2!

okay. ehem. (clearing throat)

cuma ingin mengingatkan kita semua (including myself) untuk sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan pada kita.

so what r u gonna say?

easy..

Alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

mudah bukan?

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
surah ar rahman: ayat 13



syukur lillah masih diberikan kehidupan untuk study anat.

doakan!

Monday, December 31, 2012

assalamualaikum 2013

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum wbt =)
kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ^^

oh well bajet mariaelena la sangat.


well, it has been awhile since the last time this poor dusty blog's been updated by the so-called hardwoking owner.. hardworking lah sangat.(ayat mintak lutut je kan?)

ehemm...erm (clearing the throat)

actually,in the first place,the intention of mine to update my blog is to share with u guys what happened to me sepanjang year 2012 la kan. yelah,esok kan dah 1 jan 2013, i mean esok because in the egypt we're still in 2012. but of course la kat malaysia dah 2013 sebab masa aku update blog ni pon malaysia dah pukul 12.46 malam.

oklah..going straight to the point.. here i would like to recall lah what had happened to me thru out this year..because lagi beberapa jam saja the calendar will automatically change to --/--/2013 kan.

we start from ..

januari 2012: ehem.. i'd sit for my first ever big (considered as big jugaklah) exam which is mid year exam. and to be shared to all of u guys, i'd done my best ^^

and then, we've got a winter break and i planned to go to sinai, and to be honest, during the climbing of the jabal musa it was very tiring for me and we didnt get the chance to main salji at there bcoz xde salji mahu turun on that day..but turn out to be, the day we got home, salji x semena mena turun(dengar kabar orang yang pergi the next day). huhu. sungguh sadis.

februari 2012: my mind is really bad at memorizing things. i think nothing much happened in feb. lol

mac 2012: this year is the first year i've celebrated my birthday in egypt. selama ni kat malaysia je. and oh of course lah the condition is not the same. kat malaysia ada mak,abah adik abang to celeb birthday together. but here, i've got only friends to be with. tapi kawan pon best,sebab bila kawan celeb birthday kita, and planned surprise for us, kita terasa disayangi. (okay,lacrimal gland nak secrete tears dah)

oh ya,bulan mac jugaklah merupakan bulan pertama aku ditaklifkan memegang jawatan penolong pengarah untuk dnner akhir tahun batch aku. cuak tu tetap ada,tapi berkat doa dan semangat diberikan oleh mak,aku berjaya handle dgn baik jawatan tu.

april 2012: bulan ni merupakan bulan yg hectic bagi aku sebab we've got practical exams. yelah,hectic tu maksud aku dari segi belajar.

mei 2012: bulan paling bermakna dalam diri aku. tak tahu lah kenapa, tapi aku rasa hepi je bulan ni. LOL
and bulan ni jugakla aku start exam written for final year exam dirasmi oleh subjek anatomy.

jun 2012: dalam bulan jun,aku masih meneruskan momentum belajar seperti sediakala kerana terlalu banyak kertas periksa perlu dihadapi oleh aku dalam bulan ni termasuk oral exam. alas, aku boleh menghembus nafas lega setelah habis semua peperiksaan besar dalam hidup aku. fuhh~ (bajet besar habis, baru ujian dunia padahal)

julai 2012: aku pulang ke malaysia,ke kampung halaman,ke dalam dakapan keluarga.

ogos 2012: aku puasa dan beraya dengan gembira bersama keluarga tercinta, oh ya,dengan bertambahnya ahli keluarga aku yang baru, (kakak ipaq dari perlis)

september 2012: masa ni result final year diumukan x silap. atas kurniaan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, aku mendapat mumtaz dalam exam. alhamdulillah =)

setelah 2 bulan di malaysia,aku pulang ke pangkuan sahabat di mesir, walaupun terlambat beberapa hari menghadiri kelas, atas bantuan rakan2 dan bantuan dari Allah SWT aku berjaya menkecap balik segala maklumat yg aku terlepas.heh.. dah macam kicap dah.LOL

oktober 2012: sesi pembelajaran seperti sedia kala berlangsung.

november 2012: sama dengan di atas. haha. (malas la tu nak pikir)

disember 2012: aku sekarang tengah study leave, 2 jan 2013 ni aku periksa, sepatutnya aku study, tapi apa yang aku buat pergi update blog, as if macam ada lah sangat orang nak baca, huhu.

kalau terbaca blog ni tolong ye doakan nur liyana bt ab aziz dan rakan2 dapat jawab periksa dengan baik dan mendapat mumtaz.amin. =)

-azam 2013-

tahun 2012 bakal menginjak pergi,
menyusul pula tahun 2013,
kalau dipanjangkan umur oleh Allah,
terlalu panjang lagi jalan yang aku perlu tempuhi,
banyak lagi mehnah dan ujian bakal dihadapi,
harapan aku,
untuk jadi lebih baik pada hari esok,
untuk jadi lebih muslimah dan mukminah,
untuk jadi lebih cemerlang,
kalau nampak aku hampir rebah,
pimpin aku kembali,
kalau nampak aku tersungkur jatuh,
angkat daku semula,
sesungguhnya aku insan lemah,
mudah jatuh,
mudah sungkur,
mudah rebah,
andai aku riak,
takbur,
sombong,
angkuh,
ingatkan daku hakikat dosa,
andai aku lupa,
ingatkan daku,
andai aku alpa,
sadarkan aku,
sesungguhnya aku penuh dengan noda dosa lalu.

ma'assalamah 2012,

assalamualaikum 2013 =)




Tuesday, December 25, 2012

story about beijing

assalamualaikum =)

actually dah lama dah terpikir nak buat post pasal pergi beijing tahun lepas.

tapi roh untuk berblog tu x sampai

so hari ni,roh tu sampai..tadi dia ketuk pintu hati ni utk berkongsi sikit kisah aku ke beijing.

tapi lately aku busy,

of course la busy nak study sebab next week ada exam mid year.

so,to cut it short, aku kongsi gambar ajela.

biarlah gambar yang berbicara~

we were listening khusyukly to the speaker

the cover of the paper file~

uncle ni hypoglycemic

checking for blood pressure

pakcik dun worry..it doesn't hurt at all~

my friends~me? ofkos la i'm the photographer!heh

Friday, December 14, 2012

aku masuk I C U

assalamualaikum~ x jawab dosa,kalau jawab sayang =)

hari ini aku masuk ICU.

ceh.ayat macam gempak habis la kan.?

apa itu ICU.?

menurut kamus dewan PERUBATAN edisi pertama..I C U bermaksud INTERBATCH CARNIVAL OF CAIRO UNIVERSITY.

dan apa yang dimaksudkan dengan ayat 'aku masuk I C U' kat atas adalah.. aku join program karnival ni lah.

overall,program ni sangat awesome.bagi aku agak tercapai la hadafnya.


aku malas tulis banyak2. sometimes pictures speak louder than words kan?


this is what i've been told ya!


introducing to you GEN11US' princesses


hasil kezooman kamera~paparan lebih jelas..



anak2 GEN11US yang sanggup berpanas..berhujan..demi ukhuwah


sangat comel beliau bermain belon..nak ngorat?x boleh..dia kepunyaan ALLAH =)


akhir kalam, 


GEN11US di hatiku, PERUBATAN di sanubariku =)

Monday, October 15, 2012

=(

malam ni aku rasa tak best.aku benci perasaan ni.rasa macam kena sepak kat muka..pastu dada ni rasa macam kena tikam banyak kali.sungguhla aku tak maksudkan untuk nak melabel sape2.itu hanyalah ayat teguran biasa.dan susah ke nak terima teguran dengan berlapang dada.?aku minta maaf..

mind-soothing words

assalamualaikum. here are some words that i believe can soothe our mind insyaAllah.


God hears even the very silent prayer of a sincere heart.”
;’)
it's sad when friends become enemies.but what's even worse is when they become strangers (hayley williams)
Don’t grieve.Anything you lose comes round in another form ;)
“Be not sad, surely Allah is with us.” (Qur’an 9:40)












Saturday, October 06, 2012

apa khabar orang malaysia?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! -tak jawab dosa,kalau jawab sayang =) -

fuh~ fuh~ tiup habuk sikit..dah lama tak hapdet kan. berdebu jadinya blog ni.

untuk makluman korang(as if macam adela orang yg nak baca blog aku ni==' ) sekarang aku (sekarang ni rasanya lebih selesa pakai aku..KOT) ada kat mesir..

sebenarnya dah hampir dua minggu sampai ke mesir setelah menghabiskan cuti selama dua bulan bersama family.

rasa rindu pada family aku masih tebal dalam dada ni. aku macam dapat flashback balik segala benda yg terjadi kat rumah sepanjang aku balik bercuti ke malaysia. Allah,,rasa sebak dalam dada hanya Allah yang tahu. aku tak tahu kenapa..mata ni tak dapat mengawal air mata yg degil ketegaq tergedik gedik nak jugak keluar dri lubang air mata tu.

pagi tadi aku bukak fesbuk. aku pergi home dan aku jumpa status adik aku.


lepas aku baca sumpah air mata aku mengalir tahap hujan lebat.. 

"adik, ssesungguhnya mung kena tahu satu benda ni..walau aku bekeng macam mana pon dengan mung, mung kena tahu yang aku sayang sangat kat mung. sebab tu lah aku sokmo maroh mung. aku nok ajar mung hidup berdikari. bila besar nanti jadi orang berguno. bukan orang yang rosak. orang yang rosak tu dia bukan menyusahkan diri sendiri, tapi dia juga menyusahkan abah dan ma. dan ma tu..syurga ada bawah telapak kaki dia. jangan sesekali bagi ma sakit hati. itu pantang aku..ok adik? kalu mung baco blog aku ni..aku nok mung jago hati ma ngan abah. jadi adik yang baik.
sebab gapo..sebab aku saye ko mung."

seriously aku cakap, aku rindu sangat dengan keluarga aku. waktu hantar aku kat airport, tak semua ahli keluarga aku ada.. tapi aku rasa lega kalau kepergian aku ke mesir diiringi dengan doa dari semua. 

alhamdulillah..aku kat sini baik je.setakat ni cuaca masih lagi panas. cuma kadang2 deru angin tu cukup sejuk menandakan musim sejuk akan menggantikan musim panas. aku secara jujurnya aku lebih sukakan musim sejuk sebab malamnya yang lebih panjang membuatkan aku punya banyak waktu untuk belajar. tapi aku pun manusia. dan manusia tu lumrahnya pelupa. jadi ada sesetengah masa aku habiskan dengan buat benda selain   belajar.

namun satu perkara aku pegang,dan akan tetap menjadi prinsip aku sampai bila2.

CAPAILAH KEREDHAAN IBU BAPA KERANA KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA.

aku bukan apa,,cuma aku perhatikan..ada manusia yang belajar bersungguh sungguh pagi petang siang malam membaca buku, mengulangkaji pelajaran, tapi doa dari ibu bapa jarang diminta. nak skype dengan mak ayah sendiri pon malas! aku malas la nak campur hal tepi kain baju seluar orang, tapi bila keluar keputusan periksa, mulalah nak hampa bagai. katanya dah study sungguh2 tapi pelik kenapa tak berjaya.tak payah nak bangga lah kalau dah ulang baca buku 4000 kali pon.

masalahnya tak payah la nak pelik bagai kalau diri sendiri tak capai keredhaan ibu bapa. tolonglah minta doa sebelum korang menghadapi ujian atau peperiksaan walaupun peperiksaan itu hanya untuk 5 markah.tak susah pun,kalau taknak skype, hantarla mesej..

lagi satu, tolonglah minta keizinan ibu bapa korang sebelum buat sesuatu walaupun benda tu benda baik..contohnya kalau korang nak wat umrah sangat2..tapi mak ayah kata balik la dulu tahun ni..tahun kemudiannya baru buat umrah. tapi korang degil dan still teruskan plan korang buat umrah. pastu korang ditimpa ujian atau bencana disebabkan mak ayah korang tak redha. pastu korang nak salahkan siapa? salahkan pakcik yang jual tong gas? mestilah salahkan diri sendiri sebab korang tak respect keputusan mak ayah korang.(benda ni untuk muhasabah diri aku juga)

ok.chill. sebenarnya aku buat post nih utk hepi2 je.setelah lama tak hapdet belog.tapi terlebih emosi sikit.maap ler.

btw, aku rndu kat orang malaysia especially ma ngan abah. tapi diorang ke sabah la pulak. takpela,kalau ada rezeki dan jodoh aku dengan ma abah aku,aku akan skype dengan diorang once diorang dah balik umah.

lagi satu, sebenarnya tanggal 19 september hari tu adalah hari bersejarah di mana hari itu telah genap 56 tahun umur abah aku. sanah helwa abah. moga abah dilindungi dan dijaga Allah selalu. moga Abah panjang umur. disayangi ma selalu. moga cinta ma dan abah kekal sampai syurga insyaAllah. inilah doa anakmu di perantauan. apa2 pon aku sayang ma ngan abah aku. post ni dedicated to them and my family as well.

yana akan jadi anak yang berguna. insyaAllah.


abah tengah potong kek pelangi yang aku buat.terharu~

oklah.pen off

"sungguhlah kalau dibandingkan dengan segala permata di dunia ini,aku pasti pilih kedua ibubapa ku.kerana merekalah aku disini" -liyanaazizsays-