Thursday, June 23, 2011

Yakin selalu denganNYA (^_^)

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

pesanan dari ana: Ingatlah Al-Khaliq selalu kerana Dia Pencipta kita..^_^

Sunday, June 19, 2011

1000 impian..(^_^)

salam..

bismillahirrahmanirrahim..kaifa halukum..??insyaAllah semuanya sihat2 belaka..(ayat skema=p)

entry ni berkisar ttg impian..

semua orang ada impian masing2 bukan?

dan semestinya impian kita tu mestilah perkara yang kita ingin sangat sangat sangat capai..

dan untuk ada impian..kita mestilah memasang angan2 dulu..haha..(ana mmg suka berangan)

dan kadang2 ada impian yang mustahil sangat untuk kita capai..(kalau ada miracle yakni keajaiban..mungkin kemungkinan untuk capai impian tu ade la kot)..

ade orang nak kahwin ngan anak raja la..

ade orang nak jadi angkasawan la..

ade pulak orang yang impiannya nak tour satu dunia..

dan ana jugak ada impian sendiri..=p


sebagai contoh..mase kecik2 dulu...

tu mase kecik2 tau...(peringatan sekali lagi..mase kecik2 ok..)


waktu tu ana baru berumur 7 tahun..baru masuk sekolah rendah la kan..which is otak pada masa tu asyik pikir main je..=p

ada seorang sahabat ayah saya bertanya pada saya..

"yana..nanti besar yana nak kahwin dengan sape??"

dan tanpa segan silu..tanpa ada rasa malu..yana pon menjawab..(straight to the ampang point tu..takde lapik2 punya)

"aaaaaa...nak kawin ngan asyraf* anak pak cik aziz.."(tetttt...)

p/s: asyraf tu adelah kawan sekelas mase darjah satu..dan ana pon tak tahu nape ana suke die mase kecik2 dulu..(peringatan...ni mase kecik2 dulu tau..kalau tanye sekarang..mungkin jawapannye tak tahu=p)

erk..tu cerita impian mase kecik2 dulu..

tu cerita impian ana..

ni cerita pasal adik ana pulak..

dia bersekolah kat sekolah kebangsaan machang 2 which the headmaster is my own dad..n of course..ana pon sekolah ctu mase kecik2 dulu..drjah satu smpai darjah 6

n then..satu hari..mak ana bertanya kat ana..ape cita2 nnti besar???

ana pon jawabla.."erm..nak jadi cam ustazah bahyah"..which is pendakwah bebas la kan.???

on that time..ana jawab nak jadi cam ustazah bahyah sebab memang minat la dengan beliau..n sangat kagum la..hinggakan letak gambar ustazah bahyah jadi profile picture kat friendster..haha


pas tu..mak ana pon tanye kat adik.."ha..adik nnti besar nak jadi ape?"

pastu..adik yang mase tu kecik agi..(xdela kecik sangat pon..tapi still budak kecikla kan?) menjawab..."aaaaaaa...adik nak jadi tukang sapu sampah kat sekolah abah"

haha..pastu bermula la babak di mana kitorang satu family gelak pasal cite2 adik tu memang pelik..(mungkin sebab makcik sapu sampah kat sekolah abah tu baik ngan adik kan?)

haha..itu satu cerita..

haa..ni pulak impian ana bila dah masuk alam persekolahan peringkat menengah..

satu hari..

ana bertanya kat mak ana yang sedang menjahit*

p/s: menjahit adelah kerja overtime mak ana di samping menjadi pendidik,seorang ibu,seorang isteri,seorang katerer,seorang hamba Allah..dan yang paling penting..she is totally a great superwoman..

"ma..kenapa ma ambik upah menjahit,memasak sume2 ni???ma tak letih ke??"

mak ana pon menjawab.."na,ma buat sume ni sebab ma nak tanggung anak2 ma belajar..ma x kesah ma letih macam mana pon asalkan ma dapat tanggung anak2 ma..lagi satu,ma teringin nak beli kereta mercedes lampu bulat tu"

"ma nak kereta mercedes lampu bulat?nanti yana besar..yana kerja..yana beli satu untuk ma"



(macam ni la rupa kereta tu kot..)

dan..hari tu..ana telah membuat satu janji untuk mak ana..yang mana ana kena beli merc tu untuk dia bila ana dah bekerja nanti..juga menjadi impain ana untuk tunaikan janji tersebut..

start drpada hari tu..ana janji nak belajar sungguh2..skor spm..jadi doktor n then beli kereta merc tu untuk ma..

dan sekarang..here i am..di intec..ana masih lagi berpegang pada janji ana..nak belajar rajin2..jadi doktor..dan belikan mak ana kereta merc tu..

satu hari kat KB..kejadian ni berlaku tahun ni..

mak ana tengah drive kereta..then sampai kat satu traffic light..lampu merah dan mak ana berhentikan kereta..kat depan kitorg ada satu kereta mercedes lampu bulat..n then..ana pon berkata.."ma..ma nak kereta mercedes macam ni ke??"

pastu mak ana menjawab.."ha..macam ni la..kenapa?"

"nanti yana jadi doktor..yana beli satu untuk ma"..kemudian ana tersengih lebar sambil berangan tengok ma bawak kereta merc tu

tetiba mak ana gelak..

ana pon pelik..lalu bertanya "nape ma gelak???"

n then mak ana menjawab.."yana..mase tu ma mesti dah tua..ma pon dah tak larat nak bawak merc tu..takpelah..yana je yang bawak kereta tu sambil bawak ma jalan2"

ana pon tersenyum tengok mak ana..tapi dalam hati Allah je yang tahu betapa sebaknya hati ana..

ana tak boleh bayangkan macam mana kalau mak ana takde kat sisi ana mase tu..mungkin ana dah menangis teruk2..

alasan pertama: ana cepat touching kalau mak ana cakap pasal dia dah tua or something like that sebab ana takut kehilangan dia..

alasan kedua: ana terfikir..sempat ke aku nak belikan ma kereta tu dan hadiahkan kat ma keta tu??

alasan ketiga: adakah impian aku dan ma ni akan tercapai..sebab ada kemungkinan aku pergi dulu sebelum dia..(T.T)

dan memikirkan semua tu..hati ni sekali lagi menjadi sebak..mungkinkah impian ana ni tercapai..(???)

dan Allah knows what's the best for His slaves..

dan ana akan selalu berdoa..seandainya itu yang boleh menggembirakan ma..yana akan berusaha..

yana tahu impian ma untuk kebaikan kami anak2 ma..dan menjadi impian yana juga untuk menggembirakan hati ma..

walaupun dengan hanya berjanji belajar bersungguh2 utk belikan sebuah merc untuk ma..

(T.T)

p/s: ma..yana rindu ma..semalam yana mimpikan ma..

n i did cry last night thinking of u mom..semoga Allah bersama ma..abah dan keluarga di rumah..


pen off..

Wednesday, June 08, 2011

hakikat bidang keDoktoran di malaysia

salam..

alhamdulillah masih diberi peluang olehNya utk menaip naip di laptop..

post kali ni berkenaan dgn kebanjiran graduates esp medical student di malaysia..

kebanyakan dri kita sedar(kalu yg btol2 concern la kan?) yg zaman sekarang ni terdapat banyak sangat universiti atau kolej yg menawarkn bidang perubatan..x kesahla awam atau swasta..bila kita intai balik keadaan 10 tahun lepas di mana hanya terdapat 10 sahaja(atau mungkin kurang dri tu kot) universiti atau kolej yg mnyediakn bidang medic..tapi sekarang ni..terdapat lebih dri 20 uni yg mnawarkn bidg medic di malaysia..(hah?asal byk sgt?) dan peribahasa yg sesuai sekali utk dikaitkn ngan situasi sekrg ni adalah..ibarat cendawan tumbuh selepas hujan..(masalahnya..cendawan sedap kalo makan ngan nasi goreng..tapi skang ni kite bukn cite pasal banyaknya cendawan..tapi pasal banyaknya medical schools kt msia nih=_=')


ok..situasi ni mesti nmpak biase je kan bagi korg?

tapi..mari kita explore lagi..

hasil dr wujudnya uni ni..bilangan graduan dri bidg medik semakin bertambah yakni hampir(lebih kurang) 4000 graduan per year..jadi bile dihitung ditolak ditambah..ramai giler sangat graduan dri bidg medik kt msia..tu blom campor dgn graduan dri overseas (=_=')

maka..secara tuntasnya..dptlah disimpulkn bahwa..banyak giler(atau bahase ganunya..banyak nanang!!!! doktor2 di malaysia dlm tempoh bbrapa tahun mndatang ni..huhu..

ok..itu satu hal..

one more thing to ponder is that..bile dh graduate..housemanship akn dilakukn selama 2 tahun..dan sepnjng tempoh housemnship..ade 6 unit yg perlu bg seorg doktor utk selesaikn..antaranya ENT,kecemasan,O&G dn adela yg selebihnya..

masalahnya skrg..situasi pd zamn skarg kt msia..terlampau ramai doktor yg graduate shinggakn satu unit terpaksa mnempatkn smpai 20 org housemen(atau mungkin lebih??)..erk..ce bayangkan..kalu pesakit dlm satu unit tu cipot kete'ot je(maksudnye sikitlah)..xkanlah sorg pesakit smpaikn 2-3 doktor yg kne jaga dia..(=_=')

dn ce bayngkn MO dan specialist(yg sememangnya satu unit mungkin hnye terdpt sorg/dua MO dn sorg specialist) terpaksa mnurunkn ilmu pada 20 org++ housemen..erk..x ke naya tu..klu HO tu btol2 doktor yg suke bertnya..dan amik peluang mmpelajari btol2 pengalamn dlm stiap unit..bersyukurlah..tapi cmne klu ramai yg tak berpeluang mndapat byk pengalamn bg stiap unit krn kekangan drpd kebanjiran HO d setiap unit yg mnyukarkn proses mndptkn pengalamn tu..ha..kan ke ramai nnti yg jadi doktor hnya pada nama..tapi malngnya tak berkualiti pon..ingatlah..(untuk diri saya juga) kita nak jdi doktor sebb ape?

bukan sebb dpt gaji mahal ye..klu nak banding ngan tugas dr. yg selalu kne keje hampir 36 jam..mmg x berbaloi pon..tapi ini adalah satu amanah utk kita pikul dgn sebaiknya..ingatlah..doktor pada nama x membawa ape2 faedah pon..yg pnting khidmat kite pada pesakit mestilah berkualiti selagi termmpu..ikrar saya(insyaAllah)..akan mnjadi doktor yg sgt berkualiti..insyaAllah..

post ni dipetik dri blog DR HSU DAR REN n credit to sorg hamba Allah from MEG2 yg menyedrkn kami sume ttg hakikat ni..^_^

jazakallah..

okeng..itu shj utk dibincangkan..

mne2kekhilafan hrp dimaafkn..

salam perdamaian(peace) dri saya..a doctor-to-be..insyaAllah





miss

liyana aziz(sleepy already..doakan sya dpt jawab quiz esok)
se

Tuesday, May 31, 2011

things to ponder regarding on sahabat..

"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

- Artikel iluvislam.com

Sunday, May 22, 2011

INTEC stands for international education college ^_^

bismillahirrahmanirrahim..

dgn izinNya..dpt gak ana online sat..

ni pon atas belas ehsan kawan..roomate aka sedara bau2 bacang aka kawan senegeri..secourse..seuniversiti..insyaAllah..dan plg penting..sahabat dunia akhirat..

masuk ari ni genap la 5 hari ana berada di nbumi INTEC..

segalanya berbeza..berbnding zaman sek menengah..

di intec..ana dpt knal rmai rakan2 baru..dri seluruh negara..ambik pelbagai jurusan..ade dentist..engineering..islamic banking and last but not least..ahah..bidang sy sekarang which is medic..(insyaAllah)

em..kat intec..kami mengikuti program destini siswa..aka orientasi..

faci sume kool..best...

the lecturers..xyah cakap ar..kool giler..huhu..

n kekawan pon sporting sume..

btw..satu perkara yg buat ana tertarik ngan intec..kat cni..student intec x sah klu x puasa isnin n khamis..itu kate seniorla..sebb dia cakap..jgn pelik kalu tgok kafe kat intec kosong pd hari isnin ngan khamis..sebb kebanyakn student intec puasa sunat pd hari tu..

so..ape yg ana bole kata..ana salute sgt2 ngn seniors kt cni..diorg sgt kamceng ngan lecturers..even makcik cafe pon knal diorg..haha..

jadi..xdak apa yg nak dbimbangkn..ana kt cni..tggal kat satu rumah(boleh dikatakn cm rumahla..sebb ade toilet..dapur..(tp xleh masak)..ampaian n so on..jap2..tv xdela..but then still best la..)

n kat cni..satu rumah ade 2 bilik yg dikongsi bersama 4 org..ana plak kebetulan tinggal sebilik ngan kawan yg ana jumpa tyme wat pasport kat klantan..bile berborak2 brulah tau yg kitorg ni ade bau2 oren..n satu lagi..ayah kitorg dulu rupenye sekampong..n mak kitorg plak sebidang yg sama..hoho..kecik je dunia ni sebenarnya..dn part yg plg best..kitorg ni seuniversiti(insyaAllah uni kaherah) n bidang yg sama la..of kos..which is medic..hua2..terlalu byk kebetuln berlaku dlm hidup ni..

ehem..sebenarnya esok bermula la kursus pendedahan kerjaya sbg seorg doktor kat hospital serdang..dan doaknla ana dpt mnjalani kursus dgn jayanya tau..amin..huhu

er,..kursus tu 3 ary jek..dn start minggu depn bakal bermulanya kuliah..hoho..xtau ape perasaan buat masa ni..cuak pon ade..excited pon ade..

em..kat cni ana jumpa balik dak2 putra smapk..put3 ana sorg je..dak2 smap yg ade kt cni..syuk..a.i..fattah..asyrul..yusri n paan..

tpi paan lpas sebuln ni dh fly trus..so x lme la dia kat cni..

haaaaa..lgi satu..kat cni ade ustaz yg sgt best bg ceramah..nama beliau ustaz ridha..beliau sgt berkaliber..dn ceramahnya x bosan dn x mengantuk langsung!dia sgt kelakar..huhu..tapi ilmunya sgt tinggi..die direspek oleh seniors kt cni..and ade sorg senior kte yg kt cni ramai senior yg berubah dri kurang baik ke baik..huhu..kiranya bagus sgt sebb ustaz ridha dh berjaya mmpengaruhi student intec utk berubah n mmpunyai jati diri kukuh b4 fly kan..ehem..alhamdulillah

er..ana rase itu je setakat ni nak citer..jikalau ade kelapangan masa dn mendapt belas ehsan kawan utk gune lappy die..insyaAllah ana akn update lgi pd masa dan waktu akn dtg..dgn izinNya..insyaAllah..tq kpd kawan2 yg ziarah blog ana..jazakallahu khoiron kasiron..luv u olss!ahah



miss

liyana aziz @intec

Monday, May 16, 2011

alhamdulillah...^_^

alhamdulillah ya Allah..atas segalanya..

alhamdulillah sebab diberi peluang study kat mesir..btw..prep kt intec uitm s. alam 3 bulan...

alhamdulillah dipermudahkn urusan olehNYA..

alhamdulillah atas kurniaan rezekiNYA..

sori..post pendek..

Wednesday, May 04, 2011

ade satu kisah perumpamaan^_^

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah









Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...



(copy paste dr http://mr-tazkirah.blogspot.com )