Friday, July 01, 2011

sajak untuk ibu saya..





bismillahirrahmanirrahim..

izayyak entu?

moga2 antum sumer sentiasa berada dalam jagaanNya selalu..

post kali ni..ana nak tujukan kerinduan khusus untuk family di rumah..(sori..ana senang touching akhir2 ni..)

tapi yang paling ana rindu mestila mak ana..antum pon mesti rindukan mak antum kan..??tambah2 dah lama x balik dan makan masakan mak..(asyik beli je..huhu..ok..taknak merungut dah..tak baik)

okla..mari kita terus ke agenda utama..kat sini ada satu sajak yang paling ana suka masa kecik2 dulu..sajak ni pernah kuar kat tv..dan sajak ni special untuk ibu saja..(sori abah..sajak untuk abah dalm post seterusnya ok..huhu)


so..here it is..

Saya ada Ibu
Ibu saya satu
pesanannya beribu-ribu
kita menerima pesanan
namun, pesanan itu tertinggal di luar ingatan
kita menjadi jemu
kerana...
pesanannya beribu-ribu
namun, ibu tetap ibu
"Buat begini, jangan begitu
Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu
pilihlah kawan-kawan yang bermutu
jangan pilih kawan yang berhantu
Ibu
Kuyakini kau mengenali
Yang mana kaca
Yang mana permata
Yang mana budaya
Yang mana buaya
Barulah aku sedar
Ibu,
berilah aku pesanan beribu-ribu
berjanjilah wahai ibu
berilah daku pesanan beribu-ribu
kerana sempurnanya seorang Ibu
dengan pesanan beribu-ribu

dan lagu ni juga ana tujukan untuk mak ana kat rumah..

nota kaki: semoga antum juga sentiasa mengingati jasa ibu bapa antum..balaslah jasa mereka selagi kita bernyawa..berbaktilah pada mereka seadanya..insyaAllah..kita semua dipertemukan di syurgaNya..amin..

Friday, June 24, 2011

hati pun tahu untuk kebulur...

hati yang kebuluran




Hati lapar?

Bagaimana agaknya keadaan hati yang lapar?

adakah hati itu memulas-mulas seperti perut yang lapar, atau menelan sebanyak mungkin air luar yang singgah di raja kalam?

begitukah juga keadaan hati yang lapar?

Jika hati anda lapar,

jangan biarkan ia terus kebulur.

Kerana seperti badan, apabila dibiarkan kebuluran, sudah tentu akan sakit dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Oleh itu, carilah makanan untuk hati.

Hati yang lapar sebenarnya mempunyai makanan tersendiri,

ianya sangat istimewa dan menjimatkan wang ringgit.

Tidak perlulah anda mengeluarkan wang beratus atau beribu-ribu ringgit, makanan hati yang istimewa ini ada disebutkan di dalam hadith nabi yang berbunyi:

لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah

Rakan-rakan yang dikasihi sekelian, sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah, yang bermakna zikir kepada Allah. Zikir bermakna memuji dan mengagungkan Allah. Namun, masih ramai yang sanggup berlapar dan dahaga kerana mereka sanggup membiarkan sang hati mati kekeringan akibat tidak mejamah makanan ataupun air yang dapat menghilangkan kebuluran. Sungguh mereka lupa, lali dengan godaan dunia. Maka bila hati dibiarkan kebuluran, mengecutlah ia menjadi kering dan kusam, seolah-olah badan manusia yang dipaksa ber diet setiap hari.

Bayangkan bila perut anda semua lapar, sudah tentu makanan akan dicari dengan segera. Sehinggakan bila lapar ketika tengah malam pun sanggup untuk keluar mencari mcd, kfc dan segala jenis kedai makan yang dibuka 24 jam. Sanggup bersusah payah keluar rumah walaupun ketika itu mata sudah mengantuk dan badan sedang keletihan akan tetapi mengapa bila hati anda lapar anda sanggup biarkan hati anda kebuluran sedemikian rupa? Sedangkan lapar hati juga seperti laparnya perut. Bila bergurindam mulalah nak mencari makanan , tetapi bila lapar hati hanya sesetengah manusia sahaja yang mencari tuhan . Tetapi bagi sebahagian lagi daripada mereka masih enak dibuai kegelapan.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua. Jangan biarkan hati kita lapar,kerana bila hati kita lapar tidak mustahil hati kita akan mati kegelapan tanpa sinar hidayah daripada Allah s.w.t. Maka hendaklah kita sentiasa basahkan bibir kita dengan menyebut kalimah Allah dan memuji Allah s.w.t. Wallahualam.(^_^)

Sumber imej : Google Image

-Artikel Iluvislam.com


nota kaki: mari kita isi hati macam kita isi perut kita..hehe