Monday, October 15, 2012

=(

malam ni aku rasa tak best.aku benci perasaan ni.rasa macam kena sepak kat muka..pastu dada ni rasa macam kena tikam banyak kali.sungguhla aku tak maksudkan untuk nak melabel sape2.itu hanyalah ayat teguran biasa.dan susah ke nak terima teguran dengan berlapang dada.?aku minta maaf..

mind-soothing words

assalamualaikum. here are some words that i believe can soothe our mind insyaAllah.


God hears even the very silent prayer of a sincere heart.”
;’)
it's sad when friends become enemies.but what's even worse is when they become strangers (hayley williams)
Don’t grieve.Anything you lose comes round in another form ;)
“Be not sad, surely Allah is with us.” (Qur’an 9:40)












Saturday, October 06, 2012

apa khabar orang malaysia?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh! -tak jawab dosa,kalau jawab sayang =) -

fuh~ fuh~ tiup habuk sikit..dah lama tak hapdet kan. berdebu jadinya blog ni.

untuk makluman korang(as if macam adela orang yg nak baca blog aku ni==' ) sekarang aku (sekarang ni rasanya lebih selesa pakai aku..KOT) ada kat mesir..

sebenarnya dah hampir dua minggu sampai ke mesir setelah menghabiskan cuti selama dua bulan bersama family.

rasa rindu pada family aku masih tebal dalam dada ni. aku macam dapat flashback balik segala benda yg terjadi kat rumah sepanjang aku balik bercuti ke malaysia. Allah,,rasa sebak dalam dada hanya Allah yang tahu. aku tak tahu kenapa..mata ni tak dapat mengawal air mata yg degil ketegaq tergedik gedik nak jugak keluar dri lubang air mata tu.

pagi tadi aku bukak fesbuk. aku pergi home dan aku jumpa status adik aku.


lepas aku baca sumpah air mata aku mengalir tahap hujan lebat.. 

"adik, ssesungguhnya mung kena tahu satu benda ni..walau aku bekeng macam mana pon dengan mung, mung kena tahu yang aku sayang sangat kat mung. sebab tu lah aku sokmo maroh mung. aku nok ajar mung hidup berdikari. bila besar nanti jadi orang berguno. bukan orang yang rosak. orang yang rosak tu dia bukan menyusahkan diri sendiri, tapi dia juga menyusahkan abah dan ma. dan ma tu..syurga ada bawah telapak kaki dia. jangan sesekali bagi ma sakit hati. itu pantang aku..ok adik? kalu mung baco blog aku ni..aku nok mung jago hati ma ngan abah. jadi adik yang baik.
sebab gapo..sebab aku saye ko mung."

seriously aku cakap, aku rindu sangat dengan keluarga aku. waktu hantar aku kat airport, tak semua ahli keluarga aku ada.. tapi aku rasa lega kalau kepergian aku ke mesir diiringi dengan doa dari semua. 

alhamdulillah..aku kat sini baik je.setakat ni cuaca masih lagi panas. cuma kadang2 deru angin tu cukup sejuk menandakan musim sejuk akan menggantikan musim panas. aku secara jujurnya aku lebih sukakan musim sejuk sebab malamnya yang lebih panjang membuatkan aku punya banyak waktu untuk belajar. tapi aku pun manusia. dan manusia tu lumrahnya pelupa. jadi ada sesetengah masa aku habiskan dengan buat benda selain   belajar.

namun satu perkara aku pegang,dan akan tetap menjadi prinsip aku sampai bila2.

CAPAILAH KEREDHAAN IBU BAPA KERANA KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA.

aku bukan apa,,cuma aku perhatikan..ada manusia yang belajar bersungguh sungguh pagi petang siang malam membaca buku, mengulangkaji pelajaran, tapi doa dari ibu bapa jarang diminta. nak skype dengan mak ayah sendiri pon malas! aku malas la nak campur hal tepi kain baju seluar orang, tapi bila keluar keputusan periksa, mulalah nak hampa bagai. katanya dah study sungguh2 tapi pelik kenapa tak berjaya.tak payah nak bangga lah kalau dah ulang baca buku 4000 kali pon.

masalahnya tak payah la nak pelik bagai kalau diri sendiri tak capai keredhaan ibu bapa. tolonglah minta doa sebelum korang menghadapi ujian atau peperiksaan walaupun peperiksaan itu hanya untuk 5 markah.tak susah pun,kalau taknak skype, hantarla mesej..

lagi satu, tolonglah minta keizinan ibu bapa korang sebelum buat sesuatu walaupun benda tu benda baik..contohnya kalau korang nak wat umrah sangat2..tapi mak ayah kata balik la dulu tahun ni..tahun kemudiannya baru buat umrah. tapi korang degil dan still teruskan plan korang buat umrah. pastu korang ditimpa ujian atau bencana disebabkan mak ayah korang tak redha. pastu korang nak salahkan siapa? salahkan pakcik yang jual tong gas? mestilah salahkan diri sendiri sebab korang tak respect keputusan mak ayah korang.(benda ni untuk muhasabah diri aku juga)

ok.chill. sebenarnya aku buat post nih utk hepi2 je.setelah lama tak hapdet belog.tapi terlebih emosi sikit.maap ler.

btw, aku rndu kat orang malaysia especially ma ngan abah. tapi diorang ke sabah la pulak. takpela,kalau ada rezeki dan jodoh aku dengan ma abah aku,aku akan skype dengan diorang once diorang dah balik umah.

lagi satu, sebenarnya tanggal 19 september hari tu adalah hari bersejarah di mana hari itu telah genap 56 tahun umur abah aku. sanah helwa abah. moga abah dilindungi dan dijaga Allah selalu. moga Abah panjang umur. disayangi ma selalu. moga cinta ma dan abah kekal sampai syurga insyaAllah. inilah doa anakmu di perantauan. apa2 pon aku sayang ma ngan abah aku. post ni dedicated to them and my family as well.

yana akan jadi anak yang berguna. insyaAllah.


abah tengah potong kek pelangi yang aku buat.terharu~

oklah.pen off

"sungguhlah kalau dibandingkan dengan segala permata di dunia ini,aku pasti pilih kedua ibubapa ku.kerana merekalah aku disini" -liyanaazizsays-

Tuesday, June 19, 2012

i'm down right now! go away!

ali: hey dude.relaks!chill ah.bukan kau sorang je yang tak boleh jawab exam tadi..aku pon..=='

ahmad: ko cakap je lebih.ko ingat aku tak tau ko boleh jawab exam tadi..aku tengok ko relax je kuar awal dewan tadi..

ali: wey..ko agak2 ar..aku kuar sebab aku putus asa..ko tau..aku PUTUS ASA.ko tak tau aku terseksa kat dalam dewan tadi..aku tengok je soalan2 tu aku rasa macam nak koyak je ketas periksa tu..nasib je aku boleh kawal weyh..

ahmad: hak alah ko..poyo je..aku tau ar ko genius..blah ar ko..berambus! jangan kaco aku..aku nak tenangkan fikiran..aku serabut ni kau tahu tak??!!kalau la mak abah aku tau aku wat extremely teruk dalam periksa ni..apa kata diorang..arghhhhhh..

ali: okey!fine..aku blah..tapi ko kena ingat..Allah ada bhai...ko jangan nak meroyan tak tentu arah weh..ngadu pada Allah..doa..doa tu senjata kita..senjata orang islam..ingat tu!

pesan ali sebelum melangkah meninggalkan kawannya ahmad.

kata2 ali terngiang2 di benak fikiran ahmad.

"DOA..DOA TU SENJATA KITA..SENJATA ORANG ISLAM"

ya.

mesti korang penah rasa down tahap gaban-sampai nak hentak pala kat dinding pas kuar dari dewan peperiksaan bila ada soalan yang korang tak boleh jawab sebab korang ingat soalan tu takkan kuar punyalah dalam exam..pernah tak??

mesti tak pernah kan..

(ke aku sorang je macam tu??oh no..please==')

dan saat itu korang rasa macam..oh no..habislah aku

dan apa yang dibuat lepas tu adalah menyesal

menyesal

dan terus menyesal

weyh.ko ingat dengan menyesal boleh ke top upkan markah untuk soalan periksa yang ko tak leh jawab tu??

hell  no!!!!!!

and thats why..kita yang beragama Islam ni bertuah.

hah?apahal pulak bertuahnya..ce citer2..(sambil buat tangan usop wilcha)

yeler..

kita ada prinsip..kita beriman..

kita ada Allah..

kita boleh DOA..

pernah dengar tak something called D-U-I-T???

oh yes.DUIT.kalau mata duitan mesti diorang pikir.oh duit..mestilah aku tahu..that thing when we wanna buy something..we use it.

oh.bukan.

im talking about the OTHER duit.

it is
D-oa
U-saha
I-khtiar
T-awakal

hah.tu baru betul!

ingat! kita umat Islam ni..jangan pernah putus asa dari rahmat Allah..rahmatNya sangat luas.

dengan doa..banyak kebaikan kita boleh dapat.kepada yang rasa down..jangan putus asa.!

tapi doalah.

semoga Allah mendengar doa kita.

dan berikan kejayaan pada kita dunia akhirat.

insyaAllah.

oh.by the way.kisah Ali dan Ahmad di atas adalah rekaan semata-mata..dan tidak bersangkut paut malah terikat dengan kisah sesiapa.shokran for reading!

Wednesday, May 30, 2012

ok.cuak.

less within 24 hours from now i'll be sitting for written exam!!!!oh my Allah==',it's ANATOMY okey.!and my heart now is dup dap dup dap-non stop yela kalau stop mesti ive been collapsed now but still refuse to continue studying.the truth is..yesterday ive watched HOUSE season 3 for 5 episodes-non stop.and this is the effect>>becoming tooooooooooo lazy to study again.and yet havent finished answering the past years essay questions.pity me..and dush..now i feel like want to slap my face again and again.i hope there's no regret tomorrow.and i CAN answer all the questions like the water running from the tap smoothly WITHOUT any obstruction OR im gonna get anginal pain=='im pissed off now.i NEED to study now!please do pray for my success..i wanna go back home..

Tuesday, April 24, 2012

Allah kan sayang hambaNya=)

aku tak tahu kenapa semalam hati tak tenang.aku serabut.semua benda jadi tak kena,aku tak habis lagi study biochem padahal esoknya periksa.aku hilangkan keserabutan dengan berwuduk.kemudian aku solat isyak.sampai ke rakaat ke 3,air mata aku mengalir tak semena-mena.aku rasa berdosa.adakah Allah ampunkan aku atas segala dosa dan maksiat aku buat?aku menangis dan terus menangis sehingga tahiyat akhir.dalam berdoa.air mata laju menuruni pipi.aku tak tahan sehingga aku dapat rasakan dada ni bagai nak pecah dan berdoa agar Allah mudahkan jalan bagi aku untuk terus bersemangat.
aku minta petunjuk.dengan berbekalkan bismillah dan selawat ke atas nabi Muhammad SAW,aku membuka lembaran naskhah al-quran.
lalu mata aku tertumpu pada ayat 39 dari surah al-maidah yg bermaksud:tetapi barangsiapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri,maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.

nyata Allah memandu aku.air mata aku semakin laju,ternyata Allah memberikan jalan bagi hambaNya yang berdosa utk bertaubat.sejak dari saat itu,aku menjadi semakin yakin dan aku tidak akan sesekali berputus asa dari rahmat Allah.aku nak berubah dan perlu berubah.
untuk hamba2 Allah sekalian,seandainya kalian membuat dosa,usahlah kalian takut2 untuk bertaubat kerana percayalah Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

p/s:Allah kan sayang hambaNya=)

Saturday, April 14, 2012

ayat pujuk hati=)


Therefore be patient with what they say, and celebrate (constantly) the praises of thy Lord, before the rising of the sun, and before its setting yea, celebrate them for part of the hours of the night, and at the sides of the day: that thou mayest have (spiritual) joy.



Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang supaya engkau redha (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
semoga tenang hati ini=)