Monday, June 10, 2013

istanbul saya datang part 3.

salam peeps.

malam ni saya takde mood nak baca buku,saya ada mood nak update blog je.

sekadar ingin menggamit memori dan berkongsi pengalaman saya ke turki pada cuti winter lepas.

alhamdulillah pengalaman yang sangat berharga saya perolehi di sana.

so,jom kita check out apa yg ada!

sangat bersih dan hijau bukan? 

i like to look at how the trees been arranged in that manner.

subhanallah


pokok ni mesti dah lama hidup..hrmm

tak ingat la pulak apa fungsi tempat ni,tapi kat tepi tu ada paip utk ambik wudhuk

description pasal obelisk

thanks to pakcik mustafa,our tour guide,btw he can speak malay fluently!


in front of the obelisk yg kita jumpa desription pasal dia tadi.obelisk ni datangnya dari egypt,separuh drinya patah dan stay kat egypt

tempat wudhuk lelaki kat blue mosque

pokok yg berjaya menarik perhatian saya,dalam perkarangan blue mosque

pintu masuk belakang blue mosque i think!

bagus kan?siap ada macam ni lagi..huhu teruja

inside the blue mosque,why blue?sebb mostly dalam masjid tu warna dia biru



siling dari emas aya sofia

aya sofia ni dulunya church,kemudian jadi masjid,itu pasal ada nama para  khulafa' ar rasyidin dan cucu nabi

see?i told ya.

dalam ni byk chandelier tau.cantik sangat

cantik kan.eheh

on our way to museum

pokok ni ada nilai sentimental pada saya.kahkah


cantik gila tempat wudhuk habaq ang

pokok2 kat sini cantik2 and bizarre tau

sayalah anak buluh betung abad 21

dah alang2 jumpa senior smapk kat turki,apa salahnya bergambar iye dok?

blue mosque





ala kulli hal alhamdulillah,banyak ibrah dri journey ke turkey tahun ni yg saya dapati.

mood untuk study dgn lebih baik meningkat berganda ganda,

kalaulah dapat pergi semula ke turki bersama keluarga tersayang pulak kan best.

=')


note to myself #1

my BIG FAT goal must be achieved no matter what!






trust in yourself liyana,

u can do it!

1046 pm,cairo egypt

Saturday, June 08, 2013

deep meaning though.

"There is a big difference between loving her because she’s pretty, and her being pretty because you love her."



kalau kau suka ros tu sebab dia kaler merah and cantik and wangi,kau pon cium dia.

next week,ros tu layu,but kau still rasa nak cium dia.









but ppl nowadays,always take things for granted.



habis madu sepah dibuang,oh irony!

exam fever syndrome is killing me

salam semua bakal penghuni syurga sekalian.amin!

sekarang saya berada dalam fatrah imtihan (baca: musim exam)

esok saya akan menduduki exam oral histology.

beberapa hari lepas saya sudah menduduki exam written histology,

alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

semalam merupakan giliran saya memasak,

dengan bantuan rakan rapat saya,kami berjaya masak nasi hujan panas dengan jayanya.

pada petang semalam,saya sudah merasa sedikit pening dan loya ketika masak.

even bila time untuk merasa makanan tu sedap ke tak pon saya dah tak boleh tahan,bila bau je lauk daging black pepper yg saya masak pon saya dah nak muntah.

selesai masak,saya hanya memerhati mereka makan sebab kalau saya join sekali,confirm lepas tu nak muntah.

saya mengadu la kat housemate saya tentang rasa loya,pening dan nak muntah ni,

aii boleh pulak dia jawab: 'ha..dah tak lama la tu!'

apa hang ingat aku pregnant ke weyh? memang x lah kan!






setelah 3 kali muntah2,makan ubat 2 kali,tidur,cibi,dehydrated,shivering, nystagmus,diplopia dan sebagainya,alhamdulillah bangun pagi tadi saya rasa semakin sihat,cergas dan bertenaga semula!





bila difikirkan balik,tahun lepas saya takdelah macam ni pon waktu musim exam.


dan sekrang barulah saya
faham,ni kot perasaan terkena exam fever syndrome.haha


mohon ditembakkan doa buat insan lemah ini untuk terus thabat dalam belajar medik dan dipermudahkan urusan untuk exam pada hari esok dan hari2 seterusnya ya!


nampaknya kena sambung balik bukak buku histology. berhenti kat mana eh tadi? oh recto-anal junction!

adios.

salam


Monday, June 03, 2013

gapaian bintang bima tak tersakti (fancy gila tajuk)

salam.
hari ni jari aku gatal lebih daripada biasa.

daripada dok tahan baik aku menaip

semalam selepas kaki dipijak motosikal,
proprioceptors yang bertindak mengesan sense of position and vibration kat kaki aku hampir tergendala menyampaikan inputnya daripada lower half of the body ke cerebral cortex membuatkan aku tercengang ternganga dan terkaku sebentar.

aku tak selalu dipijak,
once aku dipijak,aku dipijak motor.

cukup mengarut liyana.

hari ni masuk hari-ke-berapa-entah aku cuti dalam study week

aku baca buku,hafal,buat latihan,beribadah,makan,tidur,oh! bersama ahli bait juga.

seperti biasa dalam fatrah (musim) exam macam ni lah banyak impian aku set.

impian nak imtiyaz(mumtaz semua subjek) final tahun ni,

impian nak ke perancis cuti winter depan,

impian nak tu,

impian nak ni,



impian yang sentiasa menari ligat dalam otak aku sampaikan aku terfikir yang dia(impian) tengah buat tango ke apa kat dalam tu?(refer dalam otak)

'i don't always dream,but when i do,i dream of BIG FAT things' yang aku rasa aku layak ke gapai impian tu?

kadangkala aku rasa futur dan malas untuk usaha ke arah nak capai impian tu sebab spirit dah kurang maybe?

tapi bila aku dah dapat spirit aku tak dapat pulak precursor untuk aku berusaha balik.

apa nak jadi kat aku ni.

aku pon malas,

malas semuanya,

malas nak study, malas nak makan, malas nak buat tu, malas nak buat ni.

lately aku sedang tercari cari something.

something yang boleh bagi aku semangat untuk bangkit.

if u find that something,could u please return it to me?








Tuesday, May 21, 2013

kisah lalat yang menginsafkan (mesir mai)

ada seekor lalat sedang terbang di sekitar sejadah.

aku yang baru usai memberikan salam selepas solat hanya memandang kosong lalat tersebut.

tidak berniat untuk menghalaunya seperti matluthfi.

lalu,usai berwirid dan berzikir,aku menadah tangan berdoa.

namun lalat itu hinggap atas batang hidungku membuatkan ku rimas.

'shuh shuh,aku nak doa ni'

tapi dia enggan beredar malah dia berjalan2 senang di atas dahiku pula,

bila aku halau lagi,dia datang kembali

lalu aku biarkan kerana aku fikir yang dia pon turut akan mengaminkan doa yang aku baca mungkin?

usai baca doa,

aku lihat lalat itu mendekat ke telinga dan berbisik:

"aku tolong aminkan doa hang pasai tak dak orang nak aminkan"

lalu dia terbang bebas tidak datang kembali.

nota kaki: tak salah kan kalau imam baca doa kita aminkan =)



Friday, May 03, 2013

of ice skating and hikmahs behind it~


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai bakal penghuni syurga sekalian. Amin!

Selawat dan salam atas junjungan rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah masih diberi upaya untuk menulis di papan kekunci ni,

Pertamanya tolong doakan saya,nur liyana binti ab aziz mendapat mumtaz bagi subjek histologi,physiology,anatomy dan biochemistry pada tahun ini. (terima kasih diucapkan =)

Hari ni saya pergi meluncur ais,

Bahasa orang putihnya adalah ice skating,

Saya ke sana bersama cinta hati saya,

Cinta hati di sini ialah ahli usrah kesayangan saya,(baca :ahli SMART CIRCLE)

Saya tiba awal di ice planet,family land,maadi bersama-sama twin saya,piqah dan kak nor,

Kami lihat ramai orang bangsa arab sedang meluncur laju di atas ice rink,

Perkataan pertama yang terkeluar di mulut saya,

‘hebatnya diorang main,i can’t do this’

Okay,itu persepsi

Setelah menunggu hampir suku jam,

Tiba sekumpulan ahli SC yang selebihnya menggenapkan bilangan kami seramai 9 orang,

Saya yang agak reluctant untuk meluncur ais, terdengar kata2 syurun, ‘kita dah sampai ni,rugilah kalau tak main’

Secara tiba2 semangat saya berapi menyala untuk main,

Okay,itu semangat.

Saya pergi ke kaunter dan nekad meminta kasut meluncur untuk dipakai,

Setelah selesai,saya masuk ke dalam tempat meluncur,

Awalnya,saya sekadar berjalan di tepi sambil pegang dinding di tepi ice rink

Dalam hati saya bermonolog, 

‘tak boleh yana,kau tak boleh takut jatuh,kalau tak ,kau tak akan maju dan sampai bila2 kau tak pandai main’

Akhirnya saya tekad.


Setelah terjatuh,

Diajar teknik,

Dipimpin,

Akhirnya saya berjaya ke tengah ice rink tanpa support sesiapa.

Saya cuba dan cuba berjalan di atas ais yang kian mencair(menyebabkan ice rink jadi lebih licin)

Okey,itu istiqamah dalam mencuba


Natijahnya,saya berjaya jalan walaupun masih dalam keadaan merangkak-rangkak.

Apabila dilihat kembali,saya dapat mengambil beberapa pengajaran di sini,



OH MY PERCEPTION!

Persepsi memainkan peranan terbesar dalam diri kita.

Apabila kita melihat sesuatu perkara yang sukar untuk kita lakukan,

Dengan mudah kita akan berkata,

’oh,okay,aku tak boleh buat benda ni sebab aku rasa benda ni susah’

Jangan!

Jangan cepat membuat andaian membabi buta(maafkan saya kalau kasar bunyinya)

Kita belum cuba lagi macam mana kita dah boleh cakap yang kita tak boleh buat??

Same goes to examination, kalau kita rasa SUSAH untuk mumtaz, kita akan KEEP ON cakap kat diri kita yang kita takkan mumtaz sebab bagi kita perkara tu sukar untuk dicapai dek akal sempit kita, tapi kita tak CUBA ke arah nak mumtaz,


AKU HILANG SEMANGAT!

berkata tentang semangat,

Untuk mencapai kejayaan dalam hidup,

Kadangkala kita tak boleh lari dari rasa DOWN yang amat sangat,

Jadi,kalau tak dapat sumber untuk dapatkan semangat belajar tu, at least cubalah mendekati orang/perkara yang boleh menaikkan semngat kita balik,

Jangan biarkan semangat itu hilang ditiup angin puting beliung dalam diri kita!



REDAH SAJA

Kadangkala,bila semangat tu dah ada,kita tak tau teknik/cara sebenar untuk melakukan perkara tu,sebagai contoh,apa teknik untuk ice skating,?

Jadi cara terbaik untuk diapply ialah kau redah saja mehhhh

Awalnya memanglah macam nonsense sebab pikir aku boleh ke dak buat ni,

Tapi seiring dengan masa,kita akan belajar dari orang teknik meluncur,dan pasti Allah menghantar orang baik2 untuk membimbing kita dengan sabar,



TERUSKAN MELANGKAH

‘Jatuh’ itu perkara biasa, berapa ramai diantara pemimpin hebat kita mengalami zaman kejatuhannya  even rasulullah sendiri pernah mengharungi tahun kesedihan apabila sumber semangat dan kekuatan rasulullah iaitu siti khadijah dan bapa saudaranya pergi buat selamanya meninggalkan baginda,

Namun,baginda bangkit semula untuk terus berdakwah tanpa mengenal erti putus asa,

Jadi mengapa kita harus bersedih berduka lara apabila kita tak perform dalam exam sedangkan islam sendiri mengajar kita untuk tidak mudah berputus asa terutamanya dari rahmat Allah.

Siapa tahu? Barangkali Allah tidak menganugerahkan kejayaan buat kita sekarang tapi Allah akan menghadiahkannya kemudian supaya kita merasai betapa indahnya nikmat usaha dan bersabar setelah berpenat lelah berusaha?




AKU PERLU ISTIQAMAH!

Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)

Istiqamahlah dalam melakukan sesuatu walaupun sedikit,even baru belajar benda remeh sekalipun,

insyaAllah kerana apabila kita istiqamah melakukan sesuatu, satu system dalam otak kita akan giat berfungsi iaitu satu daripada basal ganglia system yang dinamakan putamen circuit,

putamen circuit berperanan besar untuk kita melakukan kerja tanpa kita perlu berfikir keras untuk melakukannya kerana kita sudah terbiasa melakukan perkara tersebut hasil ke’istiqamah’an kita.hamboih!

sebagai contoh,luncur ais

bila dah lama2 main dan berlatih,

dengan sendirinya kita akan jadi hebat meluncur,

otak kita sendiri tanpa kita sedar,memberi arahan untuk menggerakkan otot2 kaki  kita untuk meluncur dengan laju dan tanpa jatuh hasil keistiqamahan kita berlatih dan terus mencuba.

Maka,terbuktilah istiqamah itu penting dalam melakukan sesuatu perkara terutama yang membawa kebaikan pada diri sendiri dan Islam khususnya.

Jadi mengapa tidak kita istiqamah belajar?

Bukankah belajar itu sesuatu yang dituntut dalam islam supaya umat islam itu sendiri mempunyai pengetahuan luas dan memberi manfaat yang besar pada agama Islam.

Dan juga bukankah belajar itu adalah kata kerja kepada seorang pelajar?

Oh,aku lah pelajar itu,

Oh,kamu juga?

Jadi apa perlu kita buat?

Jom kita belajar untuk ISLAM.

Dan yang pasti apabila kita berjaya, bukankah rasulullah dan ibu bapa kita akan tersenyum melihat kita?

=)