Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai bakal
penghuni syurga sekalian. Amin!
Selawat dan salam atas junjungan rasulullah S.A.W.
Alhamdulillah masih diberi upaya untuk menulis di papan
kekunci ni,
Pertamanya tolong doakan saya,nur liyana binti ab aziz mendapat
mumtaz bagi subjek histologi,physiology,anatomy dan biochemistry pada tahun
ini. (terima kasih diucapkan =)
Hari ni saya pergi meluncur ais,
Bahasa orang putihnya adalah ice skating,
Saya ke sana bersama cinta hati saya,
Cinta hati di sini ialah ahli usrah kesayangan saya,(baca
:ahli SMART CIRCLE)
Saya tiba awal di ice planet,family land,maadi bersama-sama
twin saya,piqah dan kak nor,
Kami lihat ramai orang bangsa arab sedang meluncur laju di
atas ice rink,
Perkataan pertama yang terkeluar di mulut saya,
‘hebatnya
diorang main,i can’t do this’
Okay,itu persepsi
Setelah menunggu hampir suku jam,
Tiba sekumpulan ahli SC yang selebihnya menggenapkan
bilangan kami seramai 9 orang,
Saya yang agak reluctant untuk meluncur ais, terdengar kata2
syurun, ‘kita dah sampai ni,rugilah kalau tak main’
Secara tiba2 semangat saya berapi menyala untuk main,
Okay,itu semangat.
Saya pergi ke kaunter dan nekad meminta kasut meluncur untuk
dipakai,
Setelah selesai,saya masuk ke dalam tempat meluncur,
Awalnya,saya sekadar berjalan di tepi sambil pegang dinding
di tepi ice rink
Dalam hati saya bermonolog,
‘tak boleh yana,kau tak boleh
takut jatuh,kalau tak ,kau tak akan maju dan sampai bila2 kau tak pandai main’
Akhirnya saya tekad.
Setelah terjatuh,
Diajar teknik,
Dipimpin,
Akhirnya saya berjaya ke tengah ice rink tanpa support
sesiapa.
Saya cuba dan cuba berjalan di atas ais yang kian
mencair(menyebabkan ice rink jadi lebih licin)
Okey,itu istiqamah dalam mencuba
Natijahnya,saya berjaya jalan walaupun masih dalam keadaan
merangkak-rangkak.
Apabila dilihat kembali,saya dapat mengambil beberapa
pengajaran di sini,
OH MY PERCEPTION!
Persepsi memainkan peranan terbesar dalam diri kita.
Apabila kita melihat sesuatu perkara yang sukar untuk kita
lakukan,
Dengan mudah kita akan berkata,
’oh,okay,aku tak boleh buat
benda ni sebab aku rasa benda ni susah’
Jangan!
Jangan cepat membuat andaian membabi buta(maafkan saya kalau
kasar bunyinya)
Kita belum cuba lagi macam mana kita dah boleh cakap yang
kita tak boleh buat??
Same goes to examination, kalau kita rasa SUSAH untuk
mumtaz, kita akan KEEP ON cakap kat diri kita yang kita takkan mumtaz sebab
bagi kita perkara tu sukar untuk dicapai dek akal sempit kita, tapi kita tak
CUBA ke arah nak mumtaz,
AKU HILANG SEMANGAT!
berkata tentang semangat,
Untuk mencapai kejayaan dalam hidup,
Kadangkala kita tak boleh lari dari rasa DOWN yang amat
sangat,
Jadi,kalau tak dapat sumber untuk dapatkan semangat belajar
tu, at least cubalah mendekati orang/perkara yang boleh menaikkan semngat kita
balik,
Jangan biarkan semangat itu hilang ditiup angin puting
beliung dalam diri kita!
REDAH SAJA
Kadangkala,bila semangat tu dah ada,kita tak tau teknik/cara
sebenar untuk melakukan perkara tu,sebagai contoh,apa teknik untuk ice
skating,?
Jadi cara terbaik untuk diapply ialah kau redah saja mehhhh
Awalnya memanglah macam nonsense sebab pikir aku boleh ke
dak buat ni,
Tapi seiring dengan masa,kita akan belajar dari orang teknik
meluncur,dan pasti Allah menghantar orang baik2 untuk membimbing kita dengan
sabar,
TERUSKAN MELANGKAH
‘Jatuh’ itu perkara biasa, berapa ramai diantara pemimpin hebat
kita mengalami zaman kejatuhannya even
rasulullah sendiri pernah mengharungi tahun kesedihan apabila sumber semangat
dan kekuatan rasulullah iaitu siti khadijah dan bapa saudaranya pergi buat
selamanya meninggalkan baginda,
Namun,baginda bangkit semula untuk terus berdakwah tanpa
mengenal erti putus asa,
Jadi mengapa kita harus bersedih berduka lara apabila kita
tak perform dalam exam sedangkan islam sendiri mengajar kita untuk tidak mudah
berputus asa terutamanya dari rahmat Allah.
Siapa tahu? Barangkali Allah tidak menganugerahkan kejayaan
buat kita sekarang tapi Allah akan menghadiahkannya kemudian supaya kita
merasai betapa indahnya nikmat usaha dan bersabar setelah berpenat lelah
berusaha?
AKU PERLU ISTIQAMAH!
Rasulullah s.a.w
bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara
istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan
Muslim)
Istiqamahlah dalam melakukan sesuatu walaupun sedikit,even baru
belajar benda remeh sekalipun,
insyaAllah kerana apabila kita istiqamah melakukan sesuatu,
satu system dalam otak kita akan giat berfungsi iaitu satu daripada basal
ganglia system yang dinamakan putamen circuit,
putamen circuit berperanan besar untuk kita melakukan kerja
tanpa kita perlu berfikir keras untuk melakukannya kerana kita sudah terbiasa
melakukan perkara tersebut hasil ke’istiqamah’an kita.hamboih!
sebagai contoh,luncur ais
bila dah lama2 main dan berlatih,
dengan sendirinya kita akan jadi hebat meluncur,
otak kita sendiri tanpa kita sedar,memberi arahan untuk menggerakkan
otot2 kaki kita untuk meluncur dengan
laju dan tanpa jatuh hasil keistiqamahan kita berlatih dan terus mencuba.
Maka,terbuktilah istiqamah itu penting dalam melakukan
sesuatu perkara terutama yang membawa kebaikan pada diri sendiri dan Islam
khususnya.
Jadi mengapa tidak kita istiqamah belajar?
Bukankah belajar itu sesuatu yang dituntut dalam islam
supaya umat islam itu sendiri mempunyai pengetahuan luas dan memberi manfaat
yang besar pada agama Islam.
Dan juga bukankah belajar itu adalah kata kerja kepada
seorang pelajar?
Oh,aku lah pelajar itu,
Oh,kamu juga?
Jadi apa perlu kita buat?
Jom kita belajar untuk ISLAM.
Dan yang pasti apabila kita berjaya, bukankah rasulullah dan
ibu bapa kita akan tersenyum melihat kita?
=)